Sokongan sosial dalam kalangan pelajar kaunseling di Malaysia

Eng, Su Yin and Guan, Teik Ee and Murnizam Halik (2023) Sokongan sosial dalam kalangan pelajar kaunseling di Malaysia. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 8. pp. 229-238.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (41kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (236kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap sokongan sosial dalam kalangan pelajar kaunseling di tujuh buah universiti awam di Malaysia (N = 299). Dapatan kajian menunjukkan skor min sokongan sosial pelajar kaunseling adalah tinggi iaitu 5.34 (SP = 1.41). Sokongan sosial daripada aspek keluarga menunjukkan skor yang lebih tinggi berbanding dengan aspek rakan-rakan dan aspek orang yang signifikan. Pernyataan yang paling dipersetujui oleh peserta dalam aspek sokongan sosial adalah item 3 “Keluarga saya benar-benar cuba membantu saya,” disetujui oleh 41.8% peserta. Manakala pernyataan kedua yang paling dipersetujui ada dua iaitu, item 4 "Saya dapat bantuan emosi dan sokongan yang saya perlukan daripada keluarga saya," dan item 11 "Keluarga saya bersedia membantu saya dalam membuat keputusan,' ditanda oleh 35.1% orang peserta. Ini menunjukkan sokongan dari keluarga merupakan sokongan sosial utama pelajar kaunseling di Malaysia. Sokongan sosial daripada ahli keluarga adalah sumber yang sentiasa menyediakan bantuan semasa krisis. Bagi perbezaan sokongan sosial antara jantina pula, dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan sokongan sosial antara jantina t(297)= 2.42, p>.05. Dapatan ini menunjukkan kedua-dua jantina adalah sama dalam sokongan sosial semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Dapatan-dapatan kajian ini diharapkan boleh membantu pihakpihak yang berkenaan seperti penggubal dasar pendidikan atau pihak institusi pengajian tinggi untuk menyediakan program-program yang bersesuaian bagi menjalinkan hubungan sokongan sosial terutamanya dari segi keluarga. Ini kerana kajian ini menunjukkan aspek keluarga merupakan aspek yang paling penting dalam sokongan sosial pelajar.

Item Type: Article
Keyword: Sokongan Sosial, Pelajar Kaunseling, Jantina
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF501-505 Motivation
L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC65-245 Social aspects of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Jul 2023 11:20
Last Modified: 27 Jul 2023 11:20
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36226

Actions (login required)

View Item View Item