Pengaruh iklim organisasi sekolah dan efikasi kolektif terhadap efikasi guru-guru sekolah menengah di Sabah

Faridah Abdullah @ Muda (2014) Pengaruh iklim organisasi sekolah dan efikasi kolektif terhadap efikasi guru-guru sekolah menengah di Sabah. UNSPECIFIED thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (985kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (22MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan kekuatan pengaruh iklim organisasi sekolah terhadap efikasi guru dalam kalangan guru-guru sekolah menengah di Sabah dengan mengetengahkan efikasi kolektif sebagai moderator. Kaedah tinjauan dilaksanakan bagi mengkaji interaksi antara dimensi-dimensi iklim organisasi sekolah, efikasi kolektif dan efikasi guru. Tiga jenis instrumen iaitu School Climate Index (SCI), Collective Efficacy Scale (CES) dan Teachers/ Sense of Efficacy Scale (TSES), digunakan untuk mengumpul data daripada 857 responden yang telah melengkapkan borang kaji selidik. Persampelan bertujuan telah digunakan dalam pemilihan sekolah manakala persampelan rawak pula digunakan bagi pemilihan responden dalam kalangan guru. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan untuk membentangkan dapatan kajian. Keputusan daripada analisis regresi berganda berhierarki menunjukkan bahawa dua dimensi iklim organisasi sekolah merupakan peramal yang signifikan kepada efikasi guru manakala kehadiran efikasi kolektifmendorong kepada peningkatan kepercayaan efikasi guru. Kajian ini mengesahkan bahawa efikasi kolektif merupakan moderator separuh dalam model konseptual yang diuji. Justeru, implikasi kajian terhadap teori dan amalan serta saranan kepada pihak sekolah, pembuat dasar dan cadangan kajian lanjutan dibincangkan dalam kajian ini.

Item Type: Thesis (UNSPECIFIED)
Keyword: Efikasi guru, Efikasi kolektif, Iklim organisasi sekolah, Regresi berganda berhierarki, Moderator
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 01 Sep 2023 08:43
Last Modified: 01 Sep 2023 08:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36609

Actions (login required)

View Item View Item