Hubungan sosio-demografi terhadap sikap pelajar dalam pemilihan mata pelajaran Ekonomi Asas tingkatan empat

Roslin @ Rosdin Antong (2013) Hubungan sosio-demografi terhadap sikap pelajar dalam pemilihan mata pelajaran Ekonomi Asas tingkatan empat. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (789kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti hubungan sosiodemografi terhadap sikap pelajar dalam pemilihan mata pelajaran Ekonomi Asas tingkatan empat di lapan buah sekolah menengah di daerah Sandakan. Sejumlah 300 orang pelajar telah dipilih secara rawak mudah sebagai sampel kajian. Kajian yang dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan instrumen soal selidik yang telah diubahsuai. Data yang dikutip telah dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferensi. Sebanyak 11 hipotesis telah diuji dengan menggunakan ujian-t, ANOVA, cross tabulation khi-kuasa dua dan korelasi pearson. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara sokongan guru (r=.543), ibu bapa (r=.361) dan rakan sebaya (r=.578) dengan sikap pelajar terhadap pemilihan mata pelajaran Ekonomi Asas tingkatan empat. Sementara itu pembolehubah sosio-demografi seperti kaum, pendidikan tertinggi ibu, pekerjaan ibu dan pendapatan bulanan ibu bapa mempunyai hubungan yang signifikan dengan sikap pelajar terhadap pemilihan mata pelajaran Ekonomi Asas tingkatan empat. Sehubungan dengan itu, kajian ini mencadangkan agar pentadbir sekolah, ibu bapa dan guru haruslah mewujudkan community learning dengan merancang dan melaksanakan program yang mampu menarik minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Ekonomi Asas.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Sosio-demografi, Mata pelajaran Ekonomi Asas, Sekolah menengah, Sandakan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1555-1602 Elementary or public school education
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Sep 2023 12:26
Last Modified: 11 Sep 2023 12:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36756

Actions (login required)

View Item View Item