Motivasi dan hubungannya dengan kepuasan kerja pensyarah kolej kesihatan swasta di Sekitar Kota Kinabalu, Sabah

Suzilawaty Arisa (2013) Motivasi dan hubungannya dengan kepuasan kerja pensyarah kolej kesihatan swasta di Sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (917kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Motivasi kerja sangat penting dalam memastikan seseorang individu mencapai tahap kepuasan kerja yang tinggi. Kajian ini ingin melihat tahap motivasi dan hubungannya dengan kepuasan kerja pensyarah kolej kesihatan swasta di sekitar Kata Kinabalu, Sabah di mana ia telah melibatkan tiga buah kolej kesihatan swasta yang berada di sekitar bandar raya ini. Pengkaji ingin melihat bagaimana tahap motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik serta kepuasan kerja mereka terhadap tugas yang mereka lakukan sebagai seorang tenaga pengajar di kolej tersebut. Motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik merupakan pembolehubah tak bersandar dan kepuasan kerja pula merupakan pembolehubah bersandar. Bagi menyempurnakan kajian ini, pengkaji telah mengedarkan 160 borang soal selidik kepada pensyarah-pensyarah kolej kesihatan swasta di sekitar Kata Kinabalu di mana mereka merupakan barisan penndidik di kolej kesihatan ini. Dapatan kajian seterusnya dianalisis menggunakan Predictive Analytics Software (PASW) 18.0 bagi menentukan hubungan motivasi dan kepuasan kerja dan mencari perkaitan dan perbezaan di antara pemboleh ubah dalam kajian ini. Dapatan kajian dilaporkan mengikut ujian-ujian statistik yang digunakan seperti min, sisihan piawai, dan korelasi pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik pensyarah-pensyarah kolej kesihatan sekitar Kota Kinabalu berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan diantara motivasi kerja pensyarah-pensyarah kolej kesihatan swasta ini dengan kepuasan kerja yang mereka lakukan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Motivasi kerja, Kepuasan kerja, Pensyarah kolej kesihatan swasta
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Sep 2023 12:28
Last Modified: 11 Sep 2023 12:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36758

Actions (login required)

View Item View Item