Zainab Abd Razak (2005) Luahan nitrat semasa di Sungai Menggatal. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000436.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini telah dijalankan di Sungai Menggatal di empat stesen terpilih di sepanjang Sungai Menggatal bermula 10 November 2004 sebingga 18 Januari 2005. Stesen 1 dan Stesen 2 terletak di hilir sungai dari Pekan Menggatal manakala Stesen 3 dan Stesen 4 terletak di hulu sungai. Persampelan telah dijalankan sebanyak enam kali. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji perkaitan antara luahan air sungai dan kepekatan nitrat, pengaruh parameter hidrokimia seperti DO, pH dan suhu terhadap kepekatan nitrat serta untuk mengenalpasti kemungkinan punca (kawasan) pencemaran nitrat di Sungai Menggatal. Analisis nitrat di makmal telah dilakukan dengan menggunakan Kaedah Asid Fenoldisulfonik dan pengukuran luahan dibuat dengan menggunakan Kaedah Halaju Keluasan. Luahan sungai dan kepekatan nitrat menunjukkan perkaitan yang jelas di mana secara umumnya, peningkatan luahan menyebabkan penurunan kepekatan nitrat ekoran dari proses pembauran. Parameter hidrokimia seperti DO, pH dan suhu didapati mempengaruhi kepekatan nitrat. Julat angkutan nitrat di Sungai Menggatal adalah di antara 3.43 gsˉ¹ bingga 6.59 gsˉ¹. Pekan Menggatal dikenalpasti antara punca utama yang berkemungkinan menjadi penyumbang kandungan nitrat yang tinggi dalam Sungai Menggatal berdasarkan pemerhatian di lapangan, min kepekatan nitrat, hasilan nitrat harian.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Nitrate, River pollution, Menggatal river, Kota Kinabalu |
Subjects: | Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General) > QH540-549.5 Ecology |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 12 Jan 2012 16:25 |
Last Modified: | 11 Oct 2017 16:48 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/371 |
Actions (login required)
View Item |