Pengaruh konsep kendiri fizikal afektif dan kognitif terhadap aktiviti fizikal dalam kalangan pelajar Pendidikan Jasmani Institut Pendidikan Guru Malaysia

Siti Ajar Md Noh (2017) Pengaruh konsep kendiri fizikal afektif dan kognitif terhadap aktiviti fizikal dalam kalangan pelajar Pendidikan Jasmani Institut Pendidikan Guru Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (23MB)

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan mengenal pasti pengaruh konsep kendiri fizikal, afektif dan kognitif terhadap aktiviti fizikal dalam kalangan pelajar Pendidikan Jasmani Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif bukan eksperimen dengan kaedah tinjauan bagi memperoleh data. Sampel kajian seramai 800 orang pelajar. Pengumpulan data diperoleh daripada instrumen soal selidik konsep kendiri fizikal, afektif, kognitif dan aktiviti fizikal. Data dianalisis menggunakan QUEST, Winsteps 3.69.1.11, IBM SPSS Statistics 21 dan AMOS 18. Statistik deskriptif dan statistik inferensi digunakan bagi menjelaskan persoalan kajian dan hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap aktiviti fizikal aktif pelajar major Pendidikan Jasmani (n=27 2; 68.2%) adalah lebih tinggi daripada pelajar elektif Pendidikan Jasmani (n=210; 52.4%). Waiau bagaimanapun tahap aktiviti fizikal kurang aktif pelajar elektif pendidikan jasmani (n=88; 21.9%) adalah tinggi berbanding tahap aktiviti fizikal kurang aktif pelajar major pendidikan jasmani (n=17; 4.3%). Konsep Kendiri Fizikal pelajar major Pendidikan Jasmani (n=257; 64.4) lebih tinggi berbanding pelajar elektif Pendidikan Jasmani (n=226; 56.3%). Aspek afektif menunjukkan tidak terdapat perbezaan skor min bagi major pendidikan jasmani dan elektif pendidikan jasmani.Walau bagaimanapun terdapat perbezaan bagi variabel konsep kendiri fizikal, kognitif dan skor aktiviti fizikal bagi perbandingan pelajar major pendidikan jasmani dan elektif pendidikan jasmani.Analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang positif konsep kendiri fizikal, afektif, kognitif dengan aktiviti fizikal. Manakala analisis ujian Regresi Pelbagai mendapati variabel afektif merupakan peramal utama aktiviti fizikal (/3 =.398; p<. 0SJ diikuti oleh variabel konsep kendiri fizikal (/3== .282; p<.05), dan variabel kognitif (/J=.111; p<.05). Keputusan Analisis Model Persamaan Struktural (SEM) bagi Konsep Kendiri Fizikal dan Afektif menunjukkan kesepadanan dengan data kajian. Sebelas dimensi yang dikemukakan bagi Model Struktur Konsep Kendiri Fizikal dan sepuluh item bagi Model Pengukuran Afektif menepati Indeks Kebagusan Penyuaian Model (Goodness of Fit). Keputusan SEM juga menunjukkan pengaruh konsep kendiri fizikal, afektif, dan kognitif menyumbang 34% (R2 = .340; p < .05). Oleh itu, keputusan kajian ini menyumbang maklumat untuk merangka program-program yang spesifik kepada kumpulan sasaran untuk promosi aktiviti fizikal merangkumi keseluruhan komponen fizikal, afektif dan kognitif seperti yang terangkum dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: konsep kendiri fizikal, Pendidikan Jasmani, Institut Pendidikan Guru Malaysia, IPGM
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV1-1860 Recreation. Leisure > GV201-555 Physical education and training
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 01 Dec 2023 10:55
Last Modified: 01 Dec 2023 10:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37769

Actions (login required)

View Item View Item