Kesan perubahan pola hujan ke atas pengeluaran padi sawah di daerah Kota Belud dan Ranau, Sabah

Yaniermaida Takim (2014) Kesan perubahan pola hujan ke atas pengeluaran padi sawah di daerah Kota Belud dan Ranau, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (21MB)

Abstract

Kajian ini memberi fokus kepada perubahan pola hujan dan pengeluaran padi sawah kesan daripada fenomena pemanasan global di Daerah Kota Belud (KB) dan Ranau, Sabah bagi tempoh 15 tahun (1996-2010). Tiga objektif utama kajian iaitu (i) mengenal pasti ciri dan trend pola hujan dan pengeluaran padi sawah, (ii) meninjau persepsi implikasi perubahan pola hujan terhadap pengeluaran padi sawah dan (iii) meneliti persepsi langkah penyesuaian menghadapi perubahan pola hujan. Perolehan data bagi objektif pertama dan ketiga diperoleh daripada kaedah temu bual dan edaran borang soal selidik. Bagi objektif ke dua, data diperoleh daripada Jabatan Meteorologi Cawangan Sabah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Pertanian Sabah dan Jabatan Pertanian Daerah di kedua-dua kawasan kajian. Penelitian ke atas ciri-ciri utama perubahan pola hujan di Daerah KB dan Ranau, hasil kajian menunjukkan bahawa berlaku perubahan pola hujan di Daerah KB bagi tempoh 15 tahun (1996-2010). Bagi Daerah Ranau, ciri utama dikenal pasti adalah kekurangan jumlah kuantiti hujan yang turun semasa musim penanarnan utarna padi sawah. Perubahan pola hujan yang berlaku juga turut ditunjukkan berdasarkan jumlah kekerapan turunnya hujan dan ketersediaan sumber air untuk tujuan pertanian padi sawah. Sumber air bagi penanaman padi sawah didapati sangat bergantung kepada bekalan sistem pengairan yang dibekalkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) khususnya di Daerah KB. Bagi Daerah Ranau, kekurangan dalam kekerapan taburan hujan dan kuantiti yang diterima menjadi cabaran kepada golongan tani di kawasan berkenaan dalam berhadapan dengan perubahan pola hujan yang berlaku. Diteliti dari segi trend perubahan pola hujan bagi ternpoh yang sama, kajian mendapati trend pola hujan di Daerah KB menunjukkan peningkatan dan trend menurun bagi Daerah Ranau. Hujan maksimum bagi Daerah KB dan Ranau bagi ternpoh kajian masing-masing mencatatkan 6665 mm dan 2671.6 mm. Kajian ke atas trend pengeluaran padi sawah di kedua-dua daerah kajian pula, kajian mendapati trend pengeluaran padi sawah menurun di Daerah KB walaupun taburan hujan adalah tinggi. Namun demikian, pengeluaran padi sawah di Daerah Ranau adalah menunjukkan trend meningkat pada kadar perlahan. Berdasarkan penelitian ke atas implikasi perubahan pola hujan ke atas pengeluaran padi sawah, hasil kajian mendapati perubahan pola hujan memberi implikasi yang signifikan ke atas pengeluaran padi sawah di kedua-dua daerah dengan catatan nilai signifikan masing-masing 0.043 dan 0.194. Implikasi perubahan pola hujan ke atas pengeluaran padi sawah juga diteliti berasaskan persepsi petani. Dalam hal ini, 94. 2 peratus petani di Daerah KB dan 88 peratus petani di Daerah Ranau menjelaskan perubahan pola hujan memberi kesan ke atas pengurangan jumlah pengeluaran padi sawah dan memberi kesan ke atas pendapatan mereka. Langkah penyesuaian kesan daripada implikasi perubahan pola hujan ke atas pengeluaran padi sawah dalam kalangan petani juga diteliti dalam kajian ini. Dalarn hal ini, hasil kajian menunjukkan petani mengambil pelbagai langkah penyesuaian di kedua-dua daerah kajian dan mendapati tindakan penyesuaian yang dilakukan adalah menanam sayuran jangka pendek seperti cabai, timun, kacang panjang, jagung dan keledek. Selain daripada itu, aktiviti pembersihan tapak sawah juga dilakukan bagi mengurangkan penyerapan air oleh tumbuhan pada musim kering. Berdasarkan perbincangan, kajian jelas menunjukkan bahawa penelitian komponen iklim perlu dilakukan di peringkat wilayah yang lebih kecil bagi membolehkan generalisasi menyeluruh berkaitan perubahan iklim sesuatu kawasan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Pola hujan, Padi sawah, Fenomena pemanasan global, Kota Belud, Ranau
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture > SB1-1110 Plant culture > SB183-317 Field crops Including cereals, forage crops, grasses, legumes, root crops, sugar plants, textile plants, alkaloidal plants, medicinal plants
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 05 Dec 2023 12:19
Last Modified: 05 Dec 2023 12:19
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37790

Actions (login required)

View Item View Item