Salwa Naidin (2019) Impak program sekolah rakan alam sekitar (serasi) terhadap pengetahuan, kesedaran, sikap dan tingkah laku alam sekitar di kalangan pelajar sekolah menengah di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (784kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (9MB) |
Abstract
Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) merupakan salah satu usaha untuk menerapkan pendidikan alam sekitar di kalangan pelajar sekolah. SERASI bertujuan untuk membentuk masyarakat yang prihatin, menghargai alam sekitar dan turut menjadi pusat pembelajaran yang dapat mempengaruhi warga sekolah serta masyarakat ke arah kehidupan lestari. Kajian ini dijalankan untuk menentukan tahap pengetahuan alam sekitar pelajar SERASI serta menentukan perbezaan pengetahuan, kesedaran, sikap dan tingkah laku alam sekitar di kalangan pelajar sekolah menengah berdasarkan demografi dan kategori pertandingan SERASI. Pendekatan dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik dan persampelan berstruktur. Seramai 385 orang pelajar tingkatan empat terlibat dalam kajian ini. Data kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferens. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan alam sekitar pelajar berada pada tahap sederhana (53.4%). Secara keseluruhan, program SERASI telah memberikan impak yang besar dari segi pengetahuan alam sekitar (mean rank=242.65), dan kesedaran alam sekitar (mean rank=225.34) di Sekolah Mentor dan sikap alam sekitar (mean rank=230.36) dan tingkahlaku alam sekitar (mean rank=226.08) di Sekolah Wira.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Program serasi, Pengetahuan alam sekitar, Kesedaran alam sekitar, Sikap alam sekitar, Tingkah laku alam sekitar |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences > GE1-350 Environmental sciences |
Department: | FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 21 Dec 2023 11:19 |
Last Modified: | 21 Dec 2023 11:19 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37873 |
Actions (login required)
View Item |