Hubungan pengetahuan, sikap, sokongan dan persekitaran sekolah dengan keyakinan diri guru Sains sekolah rendah dalam penggunaan frog VLE

Mainah Juran (2017) Hubungan pengetahuan, sikap, sokongan dan persekitaran sekolah dengan keyakinan diri guru Sains sekolah rendah dalam penggunaan frog VLE. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (9MB)

Abstract

Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran sains sedang berkembang pada kadar yang tinggi pada masa kini. Penggunaan Virtual Learning Environment (VLE) mendedahkan guru kepada aplikasi Internet dengan cara yang berkesan dan sistematik. Kajian ini membincangkan tentang hubungan antara pengetahuan, sikap, dan sokongan dan persekitaran sekolah dengan keyakinan diri guru sains dalam menggunakan VLE. Seramai 117 guru sains di Daerah Kudat terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik daripada model SFAT3 yang telah diubah suai. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kuantitatif dan teknlk persampelan kajian ialah persampelan rawak. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat korelasi lemah (r=0.216) antara pengetahuan dengan keyakinan diri guru sains dalam menggunakan VLE. Selain itu, korelasi antara sikap dengan keyakinan diri guru sains dalam menggunakan VLE juga berada pada tahap yang rendah (r=0.179). Namun demikian untuk korelasi antara sokongan dan persekitaran sekolah dengan keyakinan diri guru sains dalam menggunakan VLE adalah pada tahap sederhana (r=0.57).Hasil kajian ini menunjukkan bahawa sokongan daripada pihak pentadbiran dan sekolah memainkan peranan yang lebih penting berbanding sikap dan pengetahuan guru tersebut untuk memastikan guru berkeyakinan dalam mengaplikasikan VLE dalam pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Teknologi, Pengajaran dan pembelajaran, Virtual Learning Environment
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 21 Dec 2023 11:26
Last Modified: 21 Dec 2023 11:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37883

Actions (login required)

View Item View Item