Kerisauan guru senior dalam penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di Sandakan

Wong, Voo Tze (2013) Kerisauan guru senior dalam penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di Sandakan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.1.pdf

Download (889kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf

Download (6MB)

Abstract

Guru senior menghadapi kerisauan menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu persoalan. Objektif kajian ini ialah menguji kerisauan guru senior menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di Sandakan. Penyelidikan kuantitatif digunakan dalam kajian ini dengan borang soal selidik diubahsuai daripada tiga kajian lepas. Perisian SPSS 19.0 for Windows digunakan untuk menganalisis data yang dikumpulkan. Ujian-t satu sampel menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada aras 0.01 di antara kerisauan, motivasi dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru senior. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan pengaruh motivasi dengan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru senior di mana magnitud standardized coefficients (Beta) kerisauan (β =0.02) merupakan peramal yang kurang baik terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru senior berbanding dengan motivasi (β=0.98). Kelemahan kajian hanya kepada guru senior di sekolah jenis kebangsaan Cina sahaja dan cadangan-cadangan dikemukakan untuk memperbaiki kelemahan tersebut. Kajian ini menjadi sumber rujukan yang dapat dimanfaatkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pengurusan sekolah.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Penggunaan Komputer, Pengajaran dan pembelajaran, Sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, SPSS.
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 Dec 2023 09:50
Last Modified: 22 Dec 2023 09:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37894

Actions (login required)

View Item View Item