Keberkesanan kaedah pembelajaran berasaskan masalah berbantukan peta pemikiran terhadap kemahiran berfikir kritikal dan motivasi pembelajaran sains

Ruslan Mapeala (2017) Keberkesanan kaedah pembelajaran berasaskan masalah berbantukan peta pemikiran terhadap kemahiran berfikir kritikal dan motivasi pembelajaran sains. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (28MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan keberkesanan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah berbantukan Peta Pemikiran (PBMPP) terhadap kemahiran berfikir kritikal dan motivasi pembelajaran sains menggunakan modul Pembelajaran Berasaskan Masalah berbantukan Peta Pemikiran (PBMPP) sebagai medium pembelajaran. Modul PBMPP yang dibangunkan dengan mengintegrasikan model PBM Fogarty, teori konstruktivisme kognitif Piaget dan konstruktivisme Sosial Vygotsky dan konstruktivisme Lima Fasa Needham serta model motivasi Attention/ Relevance/ Confidence dan Satisfaction (ARCS) berdasarkan kepada model reka bentuk pengajaran Analysis/ Design Development Implimentation dan Evaluation (ADDIE). Modul PBMPP menekankan tiga jenis kemahiran berfikir kritikal dan juga motivasi terhadap pembelajaran sains. Kemahiran berfikir kritikal ini selari dengan tiga jenis PP iaitu Peta Buih Berganda untuk kemahiran membanding dan membeza, Peta Alir untuk kemahiran membuat urutan dan Peta Pelbagai Alir untuk kemahiran mengenal pasti sebab dan akibat. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif bukan tinjauan dengan reka bentuk kuasi-eksperimental jenis randomized control group pretest-posttestyang melibatkan dua kumpulan rawatan (kaedah PBMPP dan kaedah PBM) dan satu kumpulan kawalan (Tradisional). Seramai 270 orang murid Tahun 5 dari tiga buah sekolah rendah dalam daerah Tawau, Sabah telah terlibat dalam kajian ini. Saal selidik Motivasi Murid Terhadap Pembelajaran Sains (SMTSL) digunakan untuk mengukur motivasi terhadap pembelajaran Sains. Manakala soalan Ujian Berfikir Kritikal Sains (TSCT) digunakan sebagai instrumen untuk mengukur tiga jenis kemahiran berfikir kritikal mikro. Nilai kebolehpercayaan instrumen SMTSL dan TSCT adalah masing-masing 0. 90 dan 0. 75. Program Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 22 digunakan untuk mentadbir data. Pengujian statistik yang dilaksanakan ialah analisis Multivariate analysis of covariance pada aras signifikan p<0.05, ujian Post Hoc-Tukey, anggaran parameter dan juga saiz kesan. Hasil analisis menunjukkan peningkatan nilai min bagi ujian pasca kemahiran berfikir kritikal dan motivasi terhadap pembelajaran sains subjek kajian yang mengikuti kaedah PBMPP adalah lebih tinggi berbanding kaedah PBM, seterusnya kaedah PBM pula lebih tinggi berbanding kaedah TRD secara signifikan (PBMPP>PBM> TRD). Ini menjelaskan bahawa, melalui penyebatian kaedah PBM dan Peta Pemikiran dapat memberi impak yang lebih baik berbanding kaedah PBM dan kaedah TRD. Dicadangkan supaya kaedah PBMPP dapat diaplikasikan sebagai alternatif kepada pembelajaran sains memandangkan kaedah ini terbukti membantu meningkatkan kemahiran berfikir kritikal dan motivasi terhadap pembelajaran sains dengan lebih baik berbanding kaedah PBM dan TRD. Namun begitu, kajian yang melibatkan tematema berlainan dalam mata pelajaran Sains Tahun 5, mengukur sub kemahiran berfikir kritikal yang lain menggunakan pendekatan kajian secara mixed method adalah perlu dijalankan supaya keberkesanan kaedah PBMPP dapat ditentukan secara lebih holistik.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Pembelajaran berasaskan masalah berbantukan peta pemikiran, PBMPP, Kemahiran berfikir, motivasi pembelajaran sains
Subjects: Q Science > Q Science (General) > Q1-390 Science (General) > Q1-295 General
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 12 Jan 2024 09:42
Last Modified: 12 Jan 2024 09:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37935

Actions (login required)

View Item View Item