Tika Ali Ashmad (2018) Pengaruh pengajaran guru dan sikap akademik pelajar terhadap penguasaan KBAT bagi mata pelajaran Sejarah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (12MB) |
Abstract
Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti pengaruh pengajaran guru dan sikap akademik berkenaan dengan penguasaan pelajar terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran Sejarah. Seramai 200 (97 pelajar lelaki dan 103 pelajar perempuan) di empat buah sekolah kawasan luar bandar (bahagian daerah Pedalaman Barat Sabah) telah dipilih iaitu SMK Pengiran Omar (Sipitang), SMK Weston (Weston), SMK Beaufort (Beaufort) dan SMK Kuala Penyu (Kuala Penyu). Hasil kajian mendapati, pelajar lelaki dan perempuan mempunyai persepsi min tahap tinggi terhadap pengajaran guru (min=3.88 pelajar lelaki, min=3.99 pelajar perempuan). Manakala, kedua-dua aliran (Aliran Sains dan Kemanusiaan) tersebut mempunyai sikap yang sama terhadap KBAT (min=3.88 aliran Sains, min=3.85 aliran Kemanusiaan). Analisis Korelasi menunjukkan guru dan pelajar saling bekerjasama dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan KBAT. Hasil penelitian berdasarkan kepada analisis regresi menunjukkan bahawa variable sikapak ademik dan pengajaran guru mempunyai pengaruh dan signifikan terhadap KBAT pelajar. Hal ini menunjukkan, pengajaran guru mampu mengalakkan pembelajaran berpusatkan pelajar. Oleh itu, dirumuskan bahawa pengaruh pengajaran guru dan sikap akademik pelajar terhadap KBAT di kawasan luar bandar Sabah ini mampu membawa kepada perubahan dalam sisitem pendidikan negara dari segi aras pemikiran pelajar dalam menghadapi pendidikan abad ke-21.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Pengajaran guru, Sikap akademik, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, KBAT |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 31 Jan 2024 15:20 |
Last Modified: | 31 Jan 2024 15:20 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38071 |
Actions (login required)
View Item |