Kuasa Raja-Raja Melayu dulu dan kini: Analisis bandingan dari sudut sejarah dan perundangan

Zulayti Zakaria and Ang, Kean Hua and Lindah Roziani Jamru and Dg Junaidah Awang Jambol (2022) Kuasa Raja-Raja Melayu dulu dan kini: Analisis bandingan dari sudut sejarah dan perundangan. International Journal of Law, Government and Communication (IJLGC), 7. pp. 51-65. ISSN 0128-1763

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (67kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (367kB) | Request a copy

Abstract

Makalah ini menukilkan fakta-fakta sejarah dan dokumen perundangan untuk menilai artikulasi ini benar dan hakikat sebenar kedudukan kuasa raja Melayu pada masa dahulu dan pada masa kontemporari. Sumber-sumber rujukan dari sudut sejarah terdiri daripada teks-teks sejarah watan, termasuk Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Aceh, Hikayat Melayu Siak, Tuhfat al-Nafis, Undang-Undang 99 Perak, Bustanul-Salatin, dan Thamarat al-Muhimmah (sekadar menyebut beberapa). Manakala sumber-sumber rujukan dari sudut perundangan antaranya adalah terdiri daripada dokumen Perjanjian Pangkor 1874, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1957, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu (sekadar menyebut beberapa). Berdasarkan sumber-sumber yang dirujuk itu, makalah ini menghujah bahawa sebenarnya pada zaman mana sekali pun raja-raja Melayu tidak pernah memerintah. Pada zaman bila sekalipun kedudukan dan fungsi raja-raja Melayu dalam lima perkara berikut: memberi pengampunan, mengistihar perang, menjatuhkan hukuman mati, menentukan hubungan luar (antarabangsa) dan pemilik kedaulatan. Sebaliknya, pihak sebenar yang menjalankan pemerintahan kerajaan adalah para pembesar. Pada zaman dahulu mereka terdiri daripada Pembesar Empat iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Manakala pada masa kontemporari, di peringkat Kerajaan Negeri mereka terdiri daripada Menteri Besar bersama DUN (Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa), dan di peringkat Kerajaan Pusat (Persekutuan) terdiri daripada Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri. Penukilan fakta-fakta primer (atau utama) ini penting dilakukan kerana ia dapat memberi penjelasan tentang kedudukan sebenar raja-raja Melayu pada hari ini. Fakta-fakta yang dinukilkan menjelaskan bahawa di sebalik pelbagai peristiwa yang berlaku, termasuk pada zaman pendudukan British, raja-raja Melayu tidaklah mengalami kehilangan kuasa. Ini sekaligus dapat menghilangkan kekaburan tentang kedudukan institusi raja Melayu yang menjadi asas kestabilan dan keamanan negara.

Item Type: Article
Keyword: Kuasa, Raja-Raja Melayu, Dulu dan kini, Sejarah dan perundangan, Analisis bandingan
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 31 Jan 2024 15:24
Last Modified: 31 Jan 2024 15:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38086

Actions (login required)

View Item View Item