Sistem maklumat arkeologi di Sabah : Potensi, isu dan cabaran

Nelly Majinus (2017) Sistem maklumat arkeologi di Sabah : Potensi, isu dan cabaran. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (13MB)

Abstract

Intergrasi teknologi dan sistem maklumat dalam arkeologi telah mewujudkan aplikasi Archaeology Information System (AIS) yang dipratikkan sejak tahun 1960- an lagi. Pengaplikasian ini merupakan anjakan yang harus dilakukan dalam usaha menjamin perlindungan, penyimpanan dan pemprosesan data arkeologi yang lebih sistematik dan efektif. Dalam konteks di Sabah, perkara ini masih baru, meskipun mempunyai jumlah data arkeologi yang banyak. Justeru itu, penelitian terhadap konsep, potensi, isu dan cabaran dalam pengaplikasian AIS dijelaskan dengan terperinci. Hasil inventori mendapati Sabah setakat ini mempunyai 272 tapak arkeologi yang terdiri dalam beberapa pembahagian kebudayaan seperti zaman paleolitik, zaman neolitik, zaman logam, zaman tradisional, tradisi megalitik, zaman Kesultanan Brunei dan pentadbiran bebas dan juga zaman kolonial. Dengan jumlah data yang banyak ini, aplikasi AIS sangat berpotensi untuk membangunkan data arkeologi Sabah. Dalam usaha mengaplikasi AIS dalam data arkeologi Sabah, terdapat beberapa isu dan cabaran yang dihadapi. Isu dominan adalah transformasi analog kepada kaedah digital tidak menjadi prioriti dalam pembangunan Muzium Sabah. Cabaran yang dihadapi pula adalah usaha penerapan kaedah data konvensional atau digital dalam proses penyimpanan maklumat arkeologi. Hasil kajian yang dilakukan ini memberi garis panduan kepada JMNS terhadap sistem pangkalan data arkeologi Sabah yang lebih sistematik dan efesien, memberi maklumat dan data baru kepada penyelidik dan arkeologi berdasarkan hasil inventori serta mengatasi kelompangan data arkeologi bagi tapak yang diketahui wujud dan telah dikaji.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Intergrasi teknologi, Sistem maklumat, Archaeology Information System, Aplikasi
Subjects: C Auxiliary Sciences of History > CC Archaeology > CC1-960 Archaeology > CC72-81 Philosophy. Theory > CC73-81 Methodology
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 27 Feb 2024 09:26
Last Modified: 27 Feb 2024 09:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38343

Actions (login required)

View Item View Item