Nilai budaya dalam ritual kelahiran dan ritual kematian etnik banjar di Tawau, Sabah

Nursyafiqah Mahfudz (2016) Nilai budaya dalam ritual kelahiran dan ritual kematian etnik banjar di Tawau, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (808kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (12MB)

Abstract

Ritual merupakan tatacara dalam upacara yang diamalkan secara umumnya oleh semua masyarakat di dunia. Tesis yang menggunakan perspektif budaya Banjar ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, memahami amalan dalam proses pelaksanaan adat resam tradisional Banjar dalam ritual kelahiran dan ritual kematian. Kedua, memahami nilai yang telah mendasari amalan-amalan dalam adat resam tradisional komuniti Banjar. Perbincangan ini diasaskan kepada kajian yang dilakukan di Kg. Jawa yang terletak di daerah Tawau, Sabah selama enam bulan pada tahun 2014 yang menggunakan kaedah temubual secara mendalam dengan menggunakan teknik 'snowball sampling' iaitu informan diminta untuk mencadangkan informan lain yang mempunyai maklumat untuk memenuhi objektif kajian iaitu seramai 10 orang informan yang terdiri daripada lelaki dan wanita Banjar telah dipilih. Selain daripada temubual secara mendalam, penyelidik juga turut menggunakan kaedah pemerhatian turut serta bersama dengan temubual informal bagi mendapatkan data yang lebih terperinci. Bagi pengutipan data sekunder pula, ianya melibatkan kajian perpustakaan dengan menggunakan sumber rujukan daripada mana-mana bahan bercetak ataupun bahan eletronik. Hasil daripada kajian ini mendapati terdapat beberapa nilai masyarakat Banjar seperti nilai menghormati, nilai bertanggungjawab, nilai memberi nasihat dan nilai menyayangi telah mempengaruhi amalan di dalam ritual-ritual yang mereka lakukan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Etnik Banjar, Ritual, Kelahiran, Kematian, Nilai budaya
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 06 Mar 2024 15:38
Last Modified: 06 Mar 2024 15:38
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38344

Actions (login required)

View Item View Item