Nor Asmidayu Mohamad Fauzi (2016) Kesan warna licau dan engobe terhadap seramik menggunakan batu Sungai Moyog. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (960kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (21MB) |
Abstract
Penghasilan warna licau dan engobe merupakan satu penemuan baru dalam penghasilan warna menggunakan bahan semula jadi iaitu Batu Sungai Moyog yang terdapat di Kampung Penampang, Sa bah. Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kesan atau tindak balas warna licau dan engobe yang terhasil menggunakan formula "Line Blend' terhadap dua permukaan berbeza, iaitu tanah liat dan porselin. Penyelidikan ini juga bertujuan untuk mengkaji kesesuaian warna licau dan engobe terhadap beberapa permukaan produk seramik seperti porselin dan earthenware. la merangkumi aspek bahan, teknik aplikasi dan jenis oksida (oxide) yang terdapat dalam agen warna serbuk batu sungai Moyog. Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dan uji kaji makmal seperti membuat pemerhatian terhadap batu-batu yang terdapat di sekitar kawasan lapangan, menemu bual beberapa orang informan, merekod gambar dan data kajian serta memproses bahan uji kaji dan membuat analisis berkaitan keputusan uji kaji selepas pembakaran. Eksperimen awal menggunakan sampel dari batu Sungai Moyog telah dijalankan dengan cara mengaplikasi bahan uji kaji pada permukaan test pieces yang telah dihasilkan. Hal ini adalah untuk mengenal pasti jenis warna yang terhasil selepas pembakaran. Kesimpulannya, kajian yang dilaksanakan dapat membantu dari segi pembelajaran tentang proses-proses serta cara bagaimana untuk menghasilkan evolusi warna licau dan engobe dalam industri seramik dengan menggunakan bahan semula jadi seperti Batu Sungai Moyog.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Warna licau dan engobe, Seramik, Batu Sungai |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > TP785-869 Clay industries. Ceramics. Glass |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 06 Mar 2024 15:39 |
Last Modified: | 06 Mar 2024 15:39 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38355 |
Actions (login required)
View Item |