Ridzuan Asri and Ang, Kean Hua and Zulayti Zakaria and Mohammad Al Amir As Khairullah (2022) Impak Covid-19 terhadap pengusaha bot pukat tunda di Tanah Merah, Sandakan: perspektif ekonomi. Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management (JTHEM), 7. pp. 63-74.
Text
ABSTRACT.pdf Download (65kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (381kB) |
Abstract
Aktiviti bot pukat tunda merupakan salah satu kegiatan di bawah bidang perikanan yang ada di Malaysia. Ianya melibatkan aktiviti penangkapan hidupan laut bagi memenuhi keperluan makanan laut di pasaran. Ianya adalah sebuah industri yang amat penting kerana aktiviti perikanan adalah sub-sektor pertama yang menyumbang kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Namun, kewujudan pandemik COVID-19 telah menjadi cabaran besar bagi sektor perikanan bukan sahaja di Malaysia malahan di negara luar. Oleh itu, kajian ini memfokuskan tentang isu berkaitan pandemik COVID-19 dengan aktiviti perusahaan bot pukat tunda dalam kalangan pengusaha iaitu nelayan di Sandakan. Kajian ini dijalankan adalah bagi mengenal pasti bagaimana pandemik COVID-19 memberi impak kepada pengusaha bot pukat tunda. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu melibatkan kaedah temubual mendalam dengan beberapa orang informan iaitu pengusaha bot pukat tunda di Sandakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa impak pandemik yang dialami oleh pengusaha bot pukat tunda di Tanah Merah, Sandakan adalah ketara dan secara langsung iaitu melibatkan kelangsungan ekonomi dan pengurangan pekerja. Kesimpulannya, walaupun sekatan terhadap sektor perikanan pada tempoh pandemik adalah tidak terlalu lama, namun kesukaran terutama dari segi kelangsungan ekonomi masih dirasai oleh pengusaha bot pukat tunda di Tanah Merah, Sandakan. Perkara ini dapat dibuktikan melalui pengalaman sepanjang tempoh pandemik yang dinyatakan oleh pengusaha bot pukat tunda.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic theory. Demography > HB1-3840 Economic theory. Demography > HB522-715 Income. Factor shares |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 29 Feb 2024 10:27 |
Last Modified: | 29 Feb 2024 10:27 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38400 |
Actions (login required)
View Item |