Regenerasi dan proliferasi kalus Brucea Javanica (L) merr

Woo, Jian Ping (2005) Regenerasi dan proliferasi kalus Brucea Javanica (L) merr. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000428.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kombinasi rawatan hormon yang terbaik di dalam regenerasi dan proliferasi pucuk Brucea javanica daripada eksplan kalus. Rawatan dengan kombinasi kepekatan hormon yang berbeza iaitu kombinasi NAA (0.5 µM- 4.0 µM) + BAP (6.0 µM) dan 2,4-D (0.5 µM- 4.0µ M) + BAP (6.0 µM) telah digunakan dan kalus telah dikultur dalam media MS, pH 5.7 serta disimpan pada suhu 25 °C dan cahaya 24 jam. Daripada kajian pengkulturan pucuk, didapati hanya empat kombinasi rawatan hormon yang memberi keputusan positif antaranya adalah 5.0 µM NAA, 1.0µ M NAA, 2.0 µM NAA dan 0.5 µM 2,4-D. Antara kesemua keputusan yang positif, penggunaan hormon auksin NAA sebanyak 0.5 µM merupakan kombinasi yang terbaik jika dibandingkan dengan ketiga-tiga yang lain iaitu 66.66%. Purata penghasilan pucuknya adalah 2.18. Kalus Brucea javanica tidak menghasilkan pucuk pada kepekatan hormon 4.0 µM NAA, 1.0µ M 2,4-D, 2.0 µM 2,4-D dan 4.0µM 2,4-D. Sepanjang regenerasi pucuk, terdapat perubahan warna yang dapat diperhatikan iaitu dari hijau muda pada pemerhatian 30 hari selepas pengkulturan dalam pembentukan tunas pucuk kepada hijau tua apabila terbentuknya pucuk muda baru.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Regenerate and proliferate shoot, Callus, Brucea javanica
Subjects: Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK710-899 Plant physiology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 09 Jan 2012 17:26
Last Modified: 12 Oct 2017 09:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/385

Actions (login required)

View Item View Item