Perbandingan kesan latihan ketangkasan reaktif dan tradisional ke atas komponen kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor dalam kalangan pemain ragbi remaja

Norsyamsiah Waridi (2017) Perbandingan kesan latihan ketangkasan reaktif dan tradisional ke atas komponen kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor dalam kalangan pemain ragbi remaja. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (998kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (15MB)

Abstract

Sukan ragbi merupakan salah satu jenis sukan yang popular di Malaysia dan telah dimainkan di beberapa negara seluruh dunia. Permainan ini merupakan permainan yang mencabar dan memerlukan perlanggaran fizikal di antara pemain serta berkebolehan dalam memperlahankan atau menambahkan kelajuan. Pemain ragbi memerlukan kecergasan fizikal seperti kelajuan, ketangkasan, masa reaksi, koordinasi, kesimbangan dan kuasa. Ketangkasan merupakan salah satu komponen penting dalam sukan ragbi kerana ia melibatkan pergerakan yang pantas dan cepat. Kajian ini bertujuan (a) mengkaji kesan latihan ketangkasan reaktif dan tradisional, (b) mengkaji perbezaan kesan latihan ketangkasan reaktif dan tradisional ke atas komponen kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor dalam kalangan pemain ragbi (novis). Seramai 32 orang peserta lelaki berumur 14 tahun yang terdiri daripada pemain kelab ragbi Papar, Sabah terlibat sebagai peserta kajian ini. Kumpulan rawatan diberikan latihan ketangkasan reaktif dan kumpulan kawalan telah menjalani latihan tradisional selama 8 minggu dengan kekerapan 3 kali seminggu. Ujian kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor iaitu ujian kelajuan (ujian lari pecut 30 meter), ujian masa reaksi (ujian tindak balas pilihan nelson, ujian ketangkasan (ujian - t), ujian keseimbangan (ujian dirian bangau), ujian koordinasi (ujian mengelecek bola keranjang) dan ujian kuasa (ujian lompat jauh menegak) digunakan untuk pengumpulan data sebelum dan selepas intervensi. Analisis data yang digunakan adalah parametrik iaitu ujian ANOVA pengukuran berulangan dan SPANOVA. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan kesan latihan ketangkasan reaktif dan tradisional yang signifikan p= < .OS ke atas skor min bagi ujian kelajuan, masa reaksi, ketangkasan, keseimbangan, koordinasi dan kuasa. Terdapat perbezaan kesan latihan yang signifikan ke atas ujian kelajuan, masa reaksi, ketangkasan dan keseimbangan p = < .05 diantara kumpulan kawalan dan rawatan. Waiau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan p= > .05, bagi ujian koordinasi dan kuasa diantara kumpulan kawalan dan rawatan. Kesimpulannya, latihan ketangkasan reaktif yang menggunakan instrumen (i-sistem ketangkasan) dapat meningkatkan komponen kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor dalam kalangan pemain rag bi.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Ketangkasan tradisional dan reaktif, Kemahiran motor, Ragbi
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV1-1860 Recreation. Leisure > GV201-555 Physical education and training > GV435-436.7 Physical measurements. Physical tests, etc.
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 29 Apr 2024 10:39
Last Modified: 29 Apr 2024 10:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38566

Actions (login required)

View Item View Item