Zulayti Zakaria and Ang Kean Hua and Mohamad Pirdaus Yusoh and Lindah Roziani Jamru and Adi Jafar and Dg Junaidah Awang Jambol and Mohamad Ikhram Mohamad Ridzuan (2023) Menelusuri warisan budaya-ketara dan budaya-tidak-ketara Etnik Bajau Ubian di pantai timur Sabah. Asian Journal of Research in Education and Social Sciences, 5 (3). pp. 1-11.
Text
ABSTRACT.pdf Download (40kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (254kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini melibatkan warisan budaya Etnik Bajau Ubian di Kampung Landung Ayang, dan Pulau Banggi, Kudat, Sabah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti bentuk-bentuk warisan budaya ketara dan budaya tidak ketara Etnik Bajau Ubian; serta menganalisis cabaran untuk mengekalkan dan mengkaji usaha-usaha dalam mempromosikan warisan budaya ketara dan budaya tidak ketara Etnik Bajau Ubian kepada masyarakat. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah dengan mengaplikasikan pendekatan kualitatif secara temubual dan pemerhatian di lapangan yang melibatkan lapan orang informan termasuk pihak pemegang taruh (stakeholders) serta para informan di kawasan lapangan. Dapatan kajian menunjukkan warisan budaya ketara yang dimiliki oleh Etnik Bajau Ubian seperti peralatan muzik, pakaian tradisional, dan perhiasan, didapati mengalami ‘kehilangan’ oleh etnik tersebut. Manakala warisan budaya tidak ketara seperti adat istiadat perkahwinan, adat resam, dan nyanyian, pula didapati mempunyai faktor atau unser percampuran aduk dengan pengaruh moden pada masa kini. Kesimpulannya, walaupun perubahan berlaku terhadap warisan budaya ketara dan budaya tidak ketara dalam kalangan Etnik Bajau Ubian di lokasi kajian, namun masih terdapat usaha-usaha yang dilakukan oleh segelintir penduduk dalam mengekalkan dan memelihara warisan budaya etnik tersebut agar tidak luput ditelan zaman serta amat penting bagi generasi akan datang dapat mengetahui dan mempelajari tentang warisan budaya etnik Bajau Ubian.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Warisan budaya, budaya ketara, budaya tidak ketara, Etnik Bajau Ubian, Kudat |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 29 Apr 2024 10:51 |
Last Modified: | 29 Apr 2024 10:51 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38593 |
Actions (login required)
View Item |