Linah Bagu @ Siti Nurlina Abdullah and Wong, Jane Kon Ling (2023) Peranan Pemimpin Dalam Pembangunan Kurikulum Bahasa Kadazandusun (BKD). Jurnal Borneo Akhailogia (Warisan, Arkeologi & Sejarah), 18 (1). pp. 321-334.
Text
ABSTRACT.pdf Download (38kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (150kB) |
Abstract
Kajian sejarah bahasa etnik secara kualitatif ini bertujuan untuk menelusuri peranan pemimpin dalam pembangunan kurikulum Bahasa Kadazandusun (BKD) dari tahun 1995 hingga tahun 2011. Sejak BKD diperkenalkan sebagai bahasa ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, pemimpin turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan kurikulum BKD. Pemimpin dalam konteks kajian ini merujuk kepada pemimpin organisasi pendidikan yang terdiri daripada pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) yang kini dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan Pengarah Institusi Pendidikan Guru (IPG). Pembangunan kurikulum BKD telah bermula di sekolah rendah selepas Parlimen meluluskan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran BKD di sekolah rendah pada tahun 1994. Berikutnya, satu mesyuarat Bahasa Kadazan telah diadakan pada 25 Januari 1995. Pembangunan kurikulum BKD di IPG pula bermula tahun 2011 secara berfasa iaitu fasa perancangan, fasa penggubalan dan fasa pemurnian. Penglibatan yang serius dan komited di kalangan pemimpin organisasi pendidikan yang terlibat dalam proses pembangunan kurikulum BKD telah mencorakkan naratif sejarah perkembangan BKD sebagai bahasa etnik warisan bangsa dalam arus perdana di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Pemimpin Bahasa Kadazandusun, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Institut Pendidikan Guru |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 02 May 2024 16:58 |
Last Modified: | 02 May 2024 16:58 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38629 |
Actions (login required)
View Item |