Chentia Subi and Lindah Roziani Jamru and Zulayti Zakaria and Ang Kean Hua (2022) Implikasi pandemik COVID-19 terhadap usahawan kiosk pusat membeli-belah 1 Borneo. Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management, 7. pp. 148-166. ISSN 0128-178X
Text
ABSTRAK.pdf Download (67kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (730kB) |
Abstract
Coronavirus telah menular hampir di setiap pelusuk dunia. Situasi semasa dan cabaran yang dihadapi oleh semua negara menunjukkan bahawa pandemik COVID-19 yang sedang berlaku ini merupakan sebuah krisis berskala global yang memberi kesan terhadap sosio-ekonomi dunia. Di Malaysia, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang merupakan salah satu penyumbang utama dalam keluaran dalam negeri kasar (KDNK) begitu terjejas. Hal ini disebabkan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diisytiharkan oleh kerajaan berikutan pandemik COVID-19 telah menyebabkan pelbagai sektor industri terpaksa menghentikan perniagaan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji implikasi pandemik COVID-19 terhadap peniaga kiosk di pusat membeli-belah 1 Borneo dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati pandemik COVID-19 telah memberi impak kepada pengusaha kiosk disebabkan kurangnya pelanggan semasa PKP dilaksanakan (skor min = 4.64), pendapatan jualan menurun dengan majoritinya RM3000 ke bawah sebulan (skor min = 4.54), dan kutipan jualan harian tidak dapat menampung modal yang diperlukan (skor min = 4.12). Justeru itu, berdasarkan hasil kajian kesan Pandemik COVID -19 terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana, pihak terlibat perlu mengambil langkah dan strategi untuk membantu mereka yang terjejas dengan menyediakan pelbagai inisiatif yang lebih berkesan dan komprehensif dalam menangani situasi ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | COVID-19, Implikasi, PKS, Usahawan, Sabah |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial management |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 13 May 2024 15:26 |
Last Modified: | 13 May 2024 15:26 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38660 |
Actions (login required)
View Item |