Pengaruh keresahan perpisahan dan kesannya terhadap perkembangan sosial kanak-kanak di Selangor: Satu kajian tinjauan

Saturia Amiruddin and Norsyahida Mat Nazir and Nur Amira Natasha Rozlan and Nisa Dayana Sabarudin (2023) Pengaruh keresahan perpisahan dan kesannya terhadap perkembangan sosial kanak-kanak di Selangor: Satu kajian tinjauan. Jurnal Kesidang, 8. pp. 1-12.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (40kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (233kB) | Request a copy

Abstract

Keresahan perpisahan merupakan perkara yang normal bagi kanak- kanak. Namun begitu, keresahan boleh menjadi keterlaluan sehingga mampu mengganggu kehidupan dan perkembangan kanak-kanak. Jika tidak diberi perhatian, ia boleh menjadi kecelaruan keresahan, dan menyebabkan kanak-kanak sukar untuk melalui kehidupan mereka. objektif kajian ini adalah untuk meninjau keresahan perpisahan yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 0 hingga 9 tahun di negeri Selangor. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh faktor persekitaran terhadap keresahan perpisahan kanakkanak serta mengkaji hubungan antara keresahan perpisahan dan kesannya terhadap perkembangan sosial kanak-kanak. Pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik terhadap seramai 288 orang responden dari kalangan ibu bapa yang mempunyai anak dalam lingkungan umur 0 hingga 9 tahun. Data dianalisis menggunakan (SPSS 25.0) melalui analisis deskriptif, regresi model linear dan ujian ANOVA sehala. Hasil dapatan seramai N=189 (66%) kanak-kanak yang berumur 0 hingga 9 tahun di negeri Selangor mengalami keresahan perpisahan. Selain itu, hasil dapatan regresi model linear menunjukkan faktor persekitaran tidak mempengaruhi keresahan perpisahan. Akhir sekali, melalui ujian ANOVA sehala terdapat perbezaan yang signifikan di antara kesan perkembangan sosial dan keresahan perpisahan dengan min keseluruhan, F(288)=3.27, p<.05.

Item Type: Article
Keyword: Keresahan Perpisahan, Fenomena Perkembangan, Perkembangan Sosial
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF176-176.5 Psychological tests and testing
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1139.2-1139.5 Early childhood education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 24 May 2024 09:22
Last Modified: 24 May 2024 09:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38726

Actions (login required)

View Item View Item