Pengaruh kecerdasan emosi terhadap kejelekitan kelompok kerja dalam pasukan bola sepak

Nur Farah Syazwani Said and Nurul Hudani Md Nawi (2023) Pengaruh kecerdasan emosi terhadap kejelekitan kelompok kerja dalam pasukan bola sepak. Southeast Asia Psychology Journal, 11 (1). pp. 1-15.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (83kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (282kB) | Request a copy

Abstract

Kejelekitan kelompok kerja adalah perasaan daya tarik ahli kelompok untuk terus kekal sebagai ahli dan merasa menjadi sebahagian dari kelompok. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengaruh kecerdasan emosi terhadap kejelekitan kelompok kerja dalam pasukan bola sepak di Malaysia. Manakala objektif sampingannya pula adalah untuk mengenalpasti perbezaan kejelekitan kelompok kerja berdasarkan faktor demografi iaitu umur dan status perkahwinan. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif dimana analisis berbentuk deskriptif dijalankan bagi melihat demografi sampel dan analisis inferensi iaitu regresi bagi mengenalpasti pengaruh kecerdasan emosi terhadap kejelekitan kelompok kerja serta ANOVA bagi mengenalpasti perbezaan kejelekitan kelompok kerja. Sampel adalah 252 orang pemain bola sepak bagi Liga Perdana dan Liga Super. Kajian ini menggunakan borang soal selidik Schutte Emotional Intelligence Scale (SEIS) dan Group Cohesiveness Scale. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat pengaruh yang signifikan diantara kecerdasan emosi bagi domain mengurus emosi sendiri dengan kejelekitan kelompok kerja dimana β= 0.172, t=2.758, k < 0.05. Hasil kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kejelekitan kelompok kerja berdasarkan umur dan status perkahwinan pemain.

Item Type: Article
Keyword: Kecerdasan Emosi, Kejelekitan Kelompok Kerja, Pemain Bola Sepak
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF511-593 Affection. Feeling. Emotion
G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV557-1198.995 Sports > GV861-1017 Ball games: Baseball, football, golf, etc.
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 07 Jun 2024 14:21
Last Modified: 07 Jun 2024 14:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38760

Actions (login required)

View Item View Item