Kajian ke atas potensi Sabah sebagai hab halal

Nur Razuani Razali (2010) Kajian ke atas potensi Sabah sebagai hab halal. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000519.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi menilai potensi Sabah sebagai hab halal dari perspektif industri pemprosesan makanan halal di Sabah disamping mengenalpasti faktor-faktor dan pendedahan pembangunannya. Kajian ini menggunakan dua kaedah iaitu soal selidik dan temu bual. Soal selidik melibatkan 55 responden dari industri pemprosesan makanan halal di seluruh Sabah dan temu bual melibatkan enam responden dari institusi jabatan kerajaan yang terlibat dengan pembangunan hab halal di Sabah. Potensi industri pemprosesan makanan halal dinilai dari enam aspek iaitu pensijilan, bahan mentah; cabaran perjanjian AFTA dan WTO; sumber manusia; tahap teknologi dan penyelidikan dan pembangunan; dan pemasaran. Keputusan menunjukkan potensi pensijilan industri pemprosesan makanan halal di Sabah amat menggalakkan dengan seorang sahaja responden ditarik balik pensijilan halal. Terdapat peningkatan terhadap permohonan pensijilan halal. Peratusan permintaan responden terhadap pensijilan lain seperti HACCP dan ISO amat tinggi. Didapati tidak terdapat hubungan signifikan diantara syarikat yang mempunyai pensijilan halal dengan jenis pendidikan pengusaha p=0.748) dan jenis saiz syarikat (p=0.257). Sebanyak 98.2% responden menggunakan sumber bahan mentah tempatan dan 72.7% responden mengatakan sumber bahan mentah mereka mencukupi setiap permintaan. Didapati 56.4% responden menyedari cabaran perjanjian AFTA dan WTO dan wujud hubungan signifikan diantara kesedaran perjanjian ini dengan jenis saiz industri. Hanya 12.7% responden tidak mempunyai pekerja mahir. Bagi tahap teknologi mesin, 76.4% menggunakan mesin separa automatik. Terdapat perkaitan linear positif kuat diantara nilai pegeluaran produk tahunan dengan jenis mesin yang digunakan. Hanya 34.5% responden yang menjalankan aktiviti R&D. Pemasaran produk responden banyak tertumpu pada pasaran Sabah sahaja dan teknik e-dagang jarang digunakan. Bagi faktor-faktor pembangunan hab halal di Sabah didapati responden menyatakan "sangat setuju" bagi faktor "kehendak pengguna yang semakin mementingkan makanan selamat dan berkualiti". Cara pendedahan pembangunan hab halal banyak dilakukan secara pendidikan melalui seminar dan kursus oleh badan-badan yang terlibat.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Food, Food processing, Halal food, Sabah as halal food hub
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 17 Apr 2012 18:09
Last Modified: 23 Oct 2017 11:13
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3904

Actions (login required)

View Item View Item