Pengaruh minat murid, sokongan ibu bapa dan kompetensi guru terhadap penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sekolah menengah di Sabah

Sheila Michael (2022) Pengaruh minat murid, sokongan ibu bapa dan kompetensi guru terhadap penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sekolah menengah di Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (492kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

ajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh minat murid, sokongan ibu bapa dan kompetensi guru terhadap penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sekolah menengah di Sabah. Kajian kuantitatif ini mengaplikasikan kaedah tinjauan dan menggunakan borang soal selidik adaptasi untuk memungut data daripada 492 murid sekolah menengah sebagai sampel. Data tersebut dianalisis menggunakan perisian IBM-SPSS-AMOS 25. Analisis deskriptif menunjukkan Minat Murid, Sokongan Ibu Bapa, Kompetensi Guru dan Penglibatan Murid Dalam Aktiviti Kokurikulum berada pada tahap sederhana dan tinggi. Ujian-t Penglibatan Murid Dalam Aktiviti Kokurikulum berdasarkan jantina (t=1.021, df=490, p>0.05), umur (t=-1.130, df=490, p>0.05) dan lokasi sekolah (t=-.152, df=490, p>0.05) menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan tetapi mempunyai perbezaan yang signifikan dengan saiz sekolah (t=5.140, df=353, p<0.05). Ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan wujudnya hubungan positif yang signifikan antara Minat Murid (r=0.114, p<0.05), Sokongan Ibu Bapa (r=0.620, p<0.01) dan Kompetensi Guru (r=0.263, p<0.01) dengan Penglibatan Murid Dalam Aktiviti Kokurikulum. Analisis Laluan SEM menunjukkan bahawa Minat Murid dan Sokongan Ibu Bapa mempunyai pengaruh yang signifikan. Variabel bebas tersebut mampu meramal Penglibatan Murid Dalam Aktiviti Kokurikulum pada kadar 62%. Menerusi analisis SEM, kajian ini juga berjaya membangunkan satu cadangan Model Penglibatan Murid Dalam Aktiviti Kokurikulum yang menggabungkan variabel bebas tersebut sebagai faktor utama kepada Penglibatan Murid Dalam Aktiviti Kokurikulum. Dapatan-dapatan kajian ini adalah bukti empirikal bahawa Penglibatan Murid Dalam Aktiviti Kokurikulum dapat ditingkatkan menerusi minat murid, sokongan ibu bapa dan kompetensi guru. Oleh itu, hasil kajian ini diharap boleh menjadi panduan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam sistem pendidikan sekolah menengah dan mampu meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum pada masa yang akan datang.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: penglibatan murid, kokurikulum sekolah menengah, Ibu Bapa, Guru
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Jul 2024 16:30
Last Modified: 11 Jul 2024 16:30
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39070

Actions (login required)

View Item View Item