Pengaruh komunikasi teknologi dan pencapaian teknologi terhadap kepemimpinan teknologi pengetua sekolah menengah di negeri Sabah

Omar Abdul Laja (2023) Pengaruh komunikasi teknologi dan pencapaian teknologi terhadap kepemimpinan teknologi pengetua sekolah menengah di negeri Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (592kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Komunikasi tekologi dan pencapaian teknologi adalah indikator yang mengupayakan kepemimpinan teknologi. Indikator-indikator ini berhadapan dengan cabaran tentang sejauh manakah pengaruh berlaku dalam era pendidikan dalam zaman digitalisasi kini. Oleh hal yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh komunikasi teknologi dan pencapaian teknologi terhadap kepemimpinan teknologi pengetua di sekolah-sekolah menengah harian di negeri Sabah. Kajian mengaplikasikan kaedah tinjauan dengan menggabungkan teknik persampelan keberangkalian berstrata, kluster dan rawak mudah. Sampel kajian ditetapkan sebanyak 446 orang guru yang bertugas di sekolah menengah harian di negeri Sabah. Data dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik adaptasi daripada model yang dipilih berdasarkan literatur kajian seperti model National Education Techonology Standard-Administration (NETS-A), Model Rangkaian Komuninkasi, dan Model Penggunaan Teknologi. Teori-teori yang menyokong pemboleh ubah kajian adalah seperti teori Insan dan Ihsan, teori kepemimpinan berwawasan teknologi, teori warga digital, teori perancangan strategik, teori kumpulan teknologi bersaing, teori fungsi komunikasi, teori konflik komunikasi, teori komunikasi memujuk, teori asretif, dan teori automasi atau perekayasaan teknologi. Analisis data kajian adalah secara deskriktif dan inferensi. Analisis deskriktif yang digunakan ialah ujian-t, min, kekerapan dan peratusan. Analisis inferensi kajian ini pula ialah ujian regrasi, Korelasi Pearson, dan ANOVA sehala. Analisis deskriptif menunjukkan semua pembolehubah kajian diamalkan pada tahap tinggi. Ujian-t dan ANOVA sehala membuktikan tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan bagi semua pembolehubah berdasarkan jantina, umur, lokasi, dan saiz sekolah. Ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan wujud hubungan signifikan Komunikasi Teknologi (r=0.53, p<0.05) dan Pencapaian Teknologi (r=0.43, p<0.05) dengan Kepemimpinan Teknologi Pengetua. Analisis regrasi pelbagai menunjukkan sumbangan Komunikasi Teknologi dan Pencapaian Teknologi adalah sebanyak 62% (R2=0.62) terhadap Kepemimpinan Teknologi Pengetua. Kajian dianalisis menggunakan program Statiscal Package for Social Sience (SPSS) versi 23.0. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pengaruh secara langsung yang signifikan pembolehubah-pembolehubah bebas dengan pembolehubah bersandar. Kajian ini telah menyumbangkan terhadap satu kesimpulan bahawa Kepemimpinan Teknologi Pengetua mempunyai kekuatan pengaruh terhadap komunikasi teknologi dan pencapaian teknologi.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Komunikasi teknologi, Pencapaian teknologi, Kepemimpinan pengetua, Sekolah Menengah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2831.6-2831.99 Administrative personnel
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 15 Jul 2024 10:18
Last Modified: 15 Jul 2024 10:18
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39084

Actions (login required)

View Item View Item