Nuraihan Mohamad Hashim (2023) Pembinaan dan pengesahan inventori penilaian pelajar sekolah dalam penjara di Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES..pdf Download (562kB) |
|
Text
FULLTEXT..pdf Restricted to Registered users only Download (4MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan membangunkan Inventori Penilaian Pelajar Sekolah Dalam Penjara di Malaysia (IPPSDP) bagi mengatasi isu keperluan instrumen yang sah dan boleh dipercayai untuk menilai pelajar di sekolah dalam penjara. Inventori yang dibangunkan berbeza dengan instrumen sedia ada memandangkan konteks pelajar dan persekitaran sekolah di penjara adalah sangat berbeza dengan sekolah di aliran perdana. Proses pembinaan inventori ini melibatkan tiga fasa, iaitu fasa mereka bentuk, fasa pembinaan item dan fasa pengesahan item. Pada fasa mereka bentuk, inventori ini memfokuskan empat konstruk utama, iaitu sikap, motivasi, akhlak dan konsep kendiri akademik. Dalam fasa pembinaan item, sebanyak 55 item berskala pemarkahan Likert lima mata dibina. Pada fasa pengesahan item, dua jenis ujian dijalankan, iaitu analisis faktor penerokaan (EFA) menggunakan perisian SPSS dan analisis faktor pengesahan (CFA) menggunakan perisian Smart-PLS. Kajian rintis dijalankan ke atas 100 orang bekas pelajar sekolah dalam penjara bagi mendapatkan kesahan serta kebolehpercayaan inventori. Berdasarkan kajian rintis, dua item dari konstruk akhlak digugurkan. Dapatan analisis faktor penerokaan (EFA) menunjukkan keempat-empat konstruk yang digunakan adalah bersesuaian untuk menilai pelajar di sekolah dalam penjara. Kajian tinjauan dijalankan kepada 500 orang pelajar di 12 buah sekolah dalam penjara seluruh Malaysia. Berdasarkan analisis CFA menggunakan Model Persamaan Struktur (SEM), terdapat dua item yang perlu digugurkan. Dapatan akhir menunjukkan 51 item IPPSDP yang memenuhi kesemua kesahan dan kebolehpercayaan model ukuran SEM meliputi pengesahan konsistensi dalaman, kebolehpercayaan ukuran, kesahan konvergen dan kesahan diskriminan. Justeru, kajian ini menyumbang kepada pembinaan alat ukur IPPSDP yang menepati ciri psikometrik dan boleh diguna pakai institusi sekolah dalam penjara bagi mengenal pasti penambahbaikan program pemulihan kepada pelajar yang terlibat dengan jenayah.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Keyword: | Inventori Penilaian Pelajar Sekolah Dalam Penjara, Keperluan instrumen, Penjara di Malaysia, |
Subjects: | H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV7231-9960 Criminal justice administration > HV8301-9920.7 Penology. Prisons. Corrections > HV9051-9230.7 The juvenile offender. Juvenile delinquency. Reform schools, etc. |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 23 Jul 2024 10:04 |
Last Modified: | 23 Jul 2024 10:04 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39123 |
Actions (login required)
View Item |