Mohamad Aqil Aziz Tuah and Mohamad Shaukhi Mohd Radzi (2024) Pemikiran Islah Hashim A. Ghani (1927-2004) Berkait Persoalan Taklid Dalam Kalangan Masyarakat Melayu. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 35 (1). pp. 1-18. ISSN 1511-1989
Text
ABSTRACT.pdf Download (41kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (547kB) |
Abstract
Hashim A. Ghani merupakan antara tokoh islah terawal di Negeri Sembilan yang lantang menyebarkan idea islah. Perjuangan islahnya terutama dalam menjelaskan tafsiran berkenaan persoalan taklid telah menimbulkan reaksi yang berbeza dalam kalangan masyarakat. Makalah ini bertujuan untuk mengkaji pemaknaan Hashim A. Ghani berkenaan taklid dan menganalisis pemikirannya tentang dua persoalan utama taklid dalam kalangan masyarakat Melayu. Kajian ini adalah sebuah kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian analisis kandungan dan pensejarahan. Data-data kajian diperoleh daripada sumber primer dan sekunder daripada kajian teks dan temu bual. Kajian ini mendapati pemaknaan taklid menurut Hashim A. Ghani adalah perbuatan menerima sesuatu pendapat atau fatwa seseorang dalam urusan agama tanpa diketahui sumber asalnya. Menurutnya, perbuatan taklid bertentangan dengan konsep ittiba’. Hashim A. Ghani menegaskan bahawa mengamalkan taklid ialah haram, sedangkan melakukan ittiba’ ialah wajib. Dua persoalan taklid masyarakat Melayu yang telah menarik Hashim A. Ghani melakukan ulasan adalah berkenaan kekeliruan memahami taklid dan kewajipan bermazhab fiqh. Isu pertama dalam persoalan taklid adalah kekeliruan masyarakat Melayu dalam membezakan antara taklid dan ittiba’, keabsahan melakukan taklid, dan isu kelayakan berijtihad. Isu kedua dalam persoalan taklid adalah persoalan kewajipan bermazhab fiqh. Hashim A. Ghani melontarkan gagasan penilaian semula terhadap isu kewajipan masyarakat untuk bertaklid kepada mazhab Syafii sahaja, sekali gus dengan pengharaman melakukan talfiq.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Islah, Taklid, Mazhab, Hashim A. Ghani, Masyarakat Melayu, Negeri Sembilan |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595-595.2 Ethnography |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 26 Jul 2024 10:53 |
Last Modified: | 26 Jul 2024 10:53 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39319 |
Actions (login required)
View Item |