Pengaruh perkhidmatan sukan, pengurusan program latihan dan pengurusan risiko terhadap kepuasan atlet bola tampar universiti awam Malaysia

Ahmad Fadly Abdul Rahman (2022) Pengaruh perkhidmatan sukan, pengurusan program latihan dan pengurusan risiko terhadap kepuasan atlet bola tampar universiti awam Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (284kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (13MB)

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh perhidmatan sukan, pengurusan program latihan dan pengurus an risiko terhadap kepuasan atlet bola tampar di Universiti Awam (UA) Malaysia. Seramai 240 orang atlet bola tampar daripada 20 buah UA Malaysia dipilih menjadi responden. Kajian ini adalah satu kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk m enjawab objektif kajian. Satu set soal selidik digunakan dalam kajian ini yang mempunyai lima bahagian iaitu Bahagia n A merujuk kepada Demografi, Bahagian B merujuk kepada Perkhidmatan Sukan, Bahagian C merujuk kepada Pengurusan Program Latihan, Bahagian D merujuk kepada Pengurusan Risiko dan Bahagian E merujuk kepada Kepuasan Atlet. Semua soal selidik diambil dan diuba hsuaikan berdasarkan kajian lepas iaitu Lam et al., (2005) untuk Perkhidmatan Sukan, Anuar Din (2010), Bompa (1999) dan Chelladurai & Salleh (1980) untuk Pengurusan Program Latihan, Fatimah Mustaffa (2015) dan Jaffry Zakaria (2015) untuk Pengurusan Risiko dan Kepuasan Atlet diadaptasi daripada Riemer & Chelladurai (1998) dan diterjemahkan oleh Asiah Pilus (2009). Soal selidik ini telah menjalani proses kesahan daripada pakar bidang dan bahasa. Kajian rintis telah dilaksanakan untuk menguji kesahan dan kebol ehpercayaan instrumen kajian. Analisis statistik inferensi seperti ujian ujian-t, Kolerasi PearsonPearson, Pekali Regrasi Pelbagai Stepwise untuk menguji lapan hipotesis nol (Ho). Program SPSS versi 27.00 dan analisis laluan AMOS 5.0 digunakan untuk menganalisi data. D apatan kajian menunjukkan terdapat hubungan perkhidmatan sukan dengan kepuasan atlet (r= .804, p< 0.05), hubungan pengurusan program latihan dengan kepuasan atlet ( r= .887, p< 0.05) serta hubungan pengurusan risiko dengan kepuasan atlet (r=.869, p<0.05). Seme ntara itu, dapatan kajian menunjukkan terdapat pengaruh perkhidmatan sukan terhadap k epuasan atlet (R²= .643, p<0.05), pengaruh pengurusan program latihan terhadap kepuasan atlet (R²= .797, p<0.05) serta pengaruh pengurusan risiko terhadap kepuasan atlet ( R²= .831, p< 0.05). Selain itu juga, dapatan menunjukkan perkhidmatan sukan merupakan peramal utama kepada kepuasan atlet (β=.803, t=20.585, p<0.05) dan pengurusan program latihan merupakan peramal kedua kepada kepuasan atlet (β=.714, t=13.356, p<0.05) serta pengurusan risiko merupakan peramal yang ketiga kepada kepuasan atlet (β=.406, t=6 .985, p< 0.05). Selain itu, dapatan juga menyatakan aspek staf merupakan paling dominan bagi perkhidmatan sukan, aspek persediaan mental paling dominan bagi pengurusan program latihan, aspek tempat latihan paling dominan bagi pengurusan risiko, aspek kesun gguhan pasukan paling dominan bagi kepuasan atlet dan keseluruhan tahap kepuasan atlet di UA berada pada tahap yang tinggi. Selain itu juga, keputusan analisis laluan menunjukkan terdapat kesesuaian yang signifikan model bagi pengaruh secara langsung atau tidak langsung pengurusan program latihan dan pengurusan risiko terhadap perkhidmatan sukan dengan kepuasan atlet bola tampar UA. Justeru itu, selain perkhidmatan sukan, pusat sukan di UA perlu memberi penekanan kepada pengurusan program latihan dan pengur usan risiko bagi meningkatkan tahap kepuasan atlet di UA bagi menyahut Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (DPSIPT) dalam menyediakan “The Thinking bagi bersaing di kejohanan sukan peringkat kebangsaan hingga ke peringkat antaraba ngsa.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Sukan, Atlet, Bola tampar, Pengurusan
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV1-1860 Recreation. Leisure > GV201-555 Physical education and training > GV401-433 Physical education facilities. Sports facilities Including gymnasiums, athletic fields, playgrounds, etc.
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Sep 2024 12:30
Last Modified: 24 Sep 2024 12:30
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40528

Actions (login required)

View Item View Item