Penglibatan peniaga Dusun dalam aktiviti tamu di Kota Belud, Borneo Utara, 1881 – 1963

Marry Lalim (2023) Penglibatan peniaga Dusun dalam aktiviti tamu di Kota Belud, Borneo Utara, 1881 – 1963. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (435kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang penglibatan orang Dusun dalam aktiviti perniagaan di Pasar Tamu di Kota Belud sepanjang era penjajahan iaitu pada tahun 1881 sehingga 1963. Perubahan dasar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan penjajah di Borneo Utara sememangnya mempengaruhi kegiatan seharian masyarakat di Kota Belud pada ketika itu, khususnya masyarakat Dusun. Dalam masa yang sama kajian ini adalah untuk menilai perkembangan kegiatan perniagaan kecil masyarakat Dusun di Kota Belud serta mengkaji peranan yang diberikan oleh pihak kerajaan penjajah serta pentadbir tempatan dalam menyokong segala usaha masyarakat Dusun dalam meningkatkan ekonomi di daerah tersebut. Kajian ini juga menjelaskan tentang reaksi masyarakat Dusun terhadap dasar dan polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan pemerintah dalam usaha menyesuaikan diri bagi setiap perubahan yang dilaksanakan. Berdasarkan kepada penelitian ke atas sumber primer seperti dokumen rasmi, akhbar, laporan pentadbiran pihak penjajah, kajian ini mendapati bahawa kegiatan perniagaan kecil yang dijalankan dalam kalangan masyarakat Dusun ini menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha mereka untuk terus berada dalam sektor ekonomi ini. Namun demikian, mereka tetap kekal dalam perniagaan kecil ini sehingga mampu menjadikan kegiatan tersebut sebagai salah satu sumber pendapatan utama mereka untuk menyara keluarga. Kajian ini juga menilai tentang kesan penglibatan masyarakat Dusun dalam perniagaan kecil ini yang sememangnya membawa banyak perubahan dalam aspek politik, sosial dan ekonomi. Justeru dengan itu, penglibatan masyarakat Dusun dalam perniagaan kecil ini semasa era penjajahan sememangnya wujud namun tidak pernah ditonjolkan dalam catatan sejarah secara terperinci.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Dusun, Perniagaan, Pasar Tamu, Kota Belud
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Sep 2024 12:33
Last Modified: 24 Sep 2024 12:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40534

Actions (login required)

View Item View Item