Irma Wani Othman (2014) Pengalaman ahli akademik ekspatriat di institusi pengajian tinggi awam Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (369kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) |
Abstract
Akademik ekspatriat mempunyai pengalaman ekspatriasi di luar negara secara berbeza-beza. Golongan akademik ekspatriat kurang menjadi tumpuan sebagai responden kaji selidik disebabkan institusi pengajian tinggi memfokuskan pada sistem pengantarabangsaan pendidikan selaras dengan perancangan strategi kontemporari antara universiti dan peningkatan mobiliti global di kalangan pelajar antarabangsa. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk memberikan perhatian terhadap jurang perbezaan tersebut. Kajian ini bersandarkan pada objektif penyelidikan (i) mengkaji keputusan akademik ekspatriat untuk berekspatriat, (ii) mengenalpasti pengalaman ekspatriasi individu dan (iii) melakukan penilaian terhadap pengalaman ekspatriasi tersebut. Kajian menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif melalui reka bentuk kajian kes di mana sesi temubual separa berstruktur digunakan bagi mencapai objektif penyelidikan. Seramai 30 orang akademik ekspatriat yang berkhidmat di empat buah universiti awam terpilih telah memberikan kerjasama penuh dengan bersetuju menjadi responden secara sukarela. Bagi memastikan kerahsiaan responden kajian dan reputasi kajian terpilih, nama responden dan institusi tersebut dirahsiakan. Responden memenuhi kriteria pemilihan pensampelan melalui teknik persampelan bukan kebarangkalian dan persampelan bertujuan berdasarkan aspek seperti telah berkhidmat lebih dari setahun tetapi kurang dari sepuluh tahun sebagai akademik ekspatriat di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) Malaysia, berniat untuk tinggal di Malaysia sehingga kontrak pekerjaan mereka tamat, memilih untuk datang secara berdikari ke Malaysia dan tidak terlibat dalam pengajian sabatikal mahupun pertukaran antara universiti. Hasil kajian ini mendapati bahawa faktor pengembaraan merupakan tema dominan yang memacu pada faktor penentu keputusan untuk berekspatriat di Malaysia. Faktor kekeluargaan merupakan tema utama yang kedua dalam pembuatan keputusan untuk berekspatriat. Tema subsidiari seperti kesementaraan, ketidaktentuan, transformasi, keakraban serta keterasingan turut diberi perhatian. Kajian pengalaman ekspatriasi ini begitu signifikan kepada beberapa pihak termasuk akademik ekspatriat dan pembuat polisi berkaitan pengurusan sumber manusia antarabangsa dan pengajian ekspatriat dengan menyediakan data dan maklumat untuk memandu seseorang tenaga akademik yang ingin berekspatriat. Hala tuju untuk penyelidikan masa hadapan turut dibentangkan. Kajian jangka masa panjang mampu memberikan maklumat terperinci mengenai bagaimana persepsi seorang akademik ekspatriat berubah dari masa ke masa.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Keyword: | Akademik ekspatriat, Institusi pengajian tinggi, Pengalaman |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
Department: | FACULTY > Labuan Faculty of International Finance |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 16 Aug 2024 14:50 |
Last Modified: | 16 Aug 2024 14:50 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40585 |
Actions (login required)
View Item |