Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kebimbangan Matematik Sekolah Rendah

Sitti Sham Amir and Siti Rahayu Mohd Hashim and Khairuddin Abdullah @ Jerry (2024) Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kebimbangan Matematik Sekolah Rendah. Jurnal Pemikir Pendidikan, 12. pp. 35-45. ISSN 1985-3637

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (41kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (329kB)

Abstract

The Modified Abbreviated Mathematics Anxiety Scale (mAMAS) merupakan satu instrumen pengukuran kebimbangan matematik bagi murid sekolah rendah. Pengadaptasian mAMAS di Malaysia menjadi keperluan bagi memudahkan pengukuran kebimbangan matematik murid sekolah rendah. Kajian melibatkan 214 murid tahun lima di tiga buah sekolah rendah di Semporna. Kaedah terjemahan hadapan dan belakang digunakan untuk menterjemah soal selidik mAMAS oleh tiga orang penterjemah hadapan dan seorang penterjemah belakang. Dua pakar bertindak menyemak kesesuaian dan kesepadanan hasil terjemahan merentasi bahasa. Melalui Confirmatory Factor Analysis (CFA) mengesahkan dapatan Carey et al. (2017) iaitu terdapat dua domain dalam mAMAS melibatkan kebimbangan pembelajaran matematik dan kebimbangan pentaksiran matematik serta sembilan item dikekalkan. Analisis kebolehpercayaan mAMAS menggunakan pekali Alfa Cronbach mendapati mAMAS berupaya mengukur kebimbangan matematik murid sekolah rendah (α=0.884) serta mengukur kebimbangan pembelajaran matematik (α=0.857) dan kebimbangan pentaksiran matematik (α=0.8126). Implikasi kajian ini dapat mengembangkan kajian melibatkan pengukuran kebimbangan matematik murid sekolah rendah di Malaysia.

Item Type: Article
Keyword: Kebimbangan Matematik, Cronbach, Analisis Pengesahan Faktor, mAMAS
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1501-1547 Primary education
Q Science > QA Mathematics > QA1-939 Mathematics
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 09 Aug 2024 08:20
Last Modified: 09 Aug 2024 08:20
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40586

Actions (login required)

View Item View Item