Visualisasi budaya tari dan spiritual dalam kalangan suku kaum Bisaya di Sabah

Musnin Misdih (2015) Visualisasi budaya tari dan spiritual dalam kalangan suku kaum Bisaya di Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (324kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (19MB)

Abstract

Gerak tari Sayau Babalian, Liliput dan Bubu Mengalai adalah tarian yang diamalkan sejak zaman berzaman oleh suku kaum Bisaya di Sabah. Pembudayaan gerak tari dalam kehidupan mereka adalah cetusan daripada nilai dan falsafah pemikiran yang tinggi. Nilai estetika dalam konsep gerak tarian adalah aplikasi pergerakan yang muncul daripada unsur-unsur yang bersifat spiritual. Tesis ini mengupas tentang konsep gerak tari secara visual dan signifikannya dalam budaya Bisaya di Sabah melalui metodologi penyelidikan lapangan yang bersifat kualitatif. Maklumat penyelidikan tentang rupa, bentuk dan motif gerak tari diperoleh di lokasi utama iaitu meliputi daerah Beaufort dan Kuala Penyu di Barat Daya negeri Sabah. Data premier dan sekunder diperolehi dalam bentuk maklumat temu bual, rujukan buku, alat audio visual, gambar dan ilustrasi. Sumber maklumat utama terdiri daripada pengamal Babalian, pengasas tarian Liliput, juru latih atau koregrafer, pengamal budaya, pemerhati tarian dan penari. Analisis yang bersifat deskriptif digunakan untuk membuat interpretasi gerak tari dari segi pembentukan rupa, bentuk dan motif gerak yang berkaitan secara langsung dengan maksud spiritual. Justeru itu, kupasan yang terperinci terhadap setiap konsep pembentukan bentuk, rupa, motif dan pola gerak tari dijalankan melalui teori seni reka. Kajian mendapati bahawa gerak visual dalam tari Bisaya ada kaitan dengan nilai intelek, jampi mantera, gerak perubatan dan cara pemujaan. Gerak tari Sayau Babalian, Liliput dan Bubu Mengalai adalah ekspreasi kreatif yang terhasil daripada pandang dunia masyarakat Bisaya terhadap alam supernatural dan kosmologi mereka. Kajian ini penting sebagai sebuah dokumen seni visual yang dapat menterjemahkan jati diri Bisaya sebagai satu wadah ilmu dan pengetahuan agar dapat memartabatkan khazanah warisan bangsa.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Gerak tari Sayau Babalian, Suku kaum Bisaya, Budaya
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV1-1860 Recreation. Leisure > GV1580-1799.4 Dancing
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 21 Aug 2024 16:40
Last Modified: 21 Aug 2024 16:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40611

Actions (login required)

View Item View Item