Lee Saat (2015) Pengaruh kepimpinan instruksional, efikasi dan tugas rutin pengetua terhadap pencapaian akademik. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (463kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) |
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan instruksional, efikasi dan tugas rutin pengetua serta pengaruhnya terhadap pencapaian akademik sekolah. Tiga instrumen telah digunakan untuk mengumpul data, iaitu Principal Instruction Management Rating Scale (PIMRS); Principals Sense Of Efficacy Scale (PSES); dan Tugas Rutin Pengetua. Semantara data pencapaian akademik sekolah merupakan keputusan peperiksaan SPM tahun 2011 yang diperoleh terus dari unit peperiksaan JPNS. Semua instrumen didapati mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dengan pekali alfa Cronbach secara keseluruhannya pada .94. Sebanyak 650 set soal selidik telah diedarkan kepada guru sekolah menengah dalam zon Selatan Sarawak, iaitu di Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman serta Betong dan 91% daripadanya berjaya dipungut semula. Daripada jumlah tersebut, hanya 487 set sahaja diperoses setelah ianya didapati lengkap serta memenuhi ciri-ciri yang telah ditetapkan. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statical Package for Social Science (SPSS) versi 21.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan instruksional, efikasi dan tugas rutin pengetua adalah tinggi. Namun, tidak terdapat hubungan yang signifikan serta pengaruh yang jelas antara pemboleh ubah tersebut dengan pencapaian akademik sekolah. Ini menunjukkan bahawa faktor kepimpinan instruksional, efikasi dan tugas rutin pengetua bukanlah penentu mutlak kepada pencapaian akademik tanpa adanya sokongan daripada faktor-faktor lain. Namun, sub skala variabel kepimpinan instruksional iaitu menyelaras kurikulum (r=.123, p=.01) dan memberi insentif terhadap usaha guru (r=.094, p=.04) menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik sekolah, manakala tidak bagi sub skala efikasi dan tugas rutin pengetua. Justeru itu, para pengetua dicadangkan untuk melaksanakan pengupayaan, memperkemas hubungan interpersonal, mendelegasikan tugas serta berkolaboratif dengan sub-ordinatnya bagi memperolehi pencapaian akademik yang lebih positif. Bagi tujuan ini, mereka terlebih dahulu perlulah melengkapkan diri dengan menambah pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta keupayaan terkini berkaitan tugas sebagai pemimpin instruksional. Dengan kata lain, pengetua yang menjadi pemimpin di sekolah harus melengkapkan diri dengan keperluan semasa serta mengamalkan budaya kepemimpinan untuk keperluan (Leadership For a Needs).
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Keyword: | Kepimpinan instruksional, Pengetua, Pencapaian akademik |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2831.6-2831.99 Administrative personnel |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 28 Aug 2024 09:00 |
Last Modified: | 28 Aug 2024 09:00 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40668 |
Actions (login required)
View Item |