Kesan hormon dan agen pengeras terhadap regenerasi Centella Asiatica dari segmen Petiol

Yvoone Melse Laurence (2007) Kesan hormon dan agen pengeras terhadap regenerasi Centella Asiatica dari segmen Petiol. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000410.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Centella asiatica adalah sejenis herba yang mempunyai daun berwarna hijau dan berbentuk seperti ginjal. Kajian ini dijalankan untuk menentukan media yang paling berkesan untuk digunakan dalam regenerasi pucuk daripada eksplan petiol C. asiatica dan menilai kesan dua jenis agen pengeras iaitu agar dan Gelrite. Pada permulaan kaji eksplan petiol dikultur ke atas media regenerasi set A yang mempunyai enam jenis kombinasi hormon 2,4-D (1.0mg/l, 1.2mg/l, 1.4mg/l) dan kinetin (0.5mg/l, 1.0mg/l, 2.0mg/l, 3.0mg/l) dan enam jenis kombinasi hormon NAA (0.25mg/l, 0.50mg/l, 0.7Smg/l, 1.0mg/l) dan kinetin (0.5mg/l, 1.0mg/l, 2.0mg/l, 3.0mg/l). Selepas empat minggu, eksplan yang menghasilkan kalus disubkultur ke atas media regenerasi set B yang mempunyai empat jenis kombinasi hormon NAA (0.lmg/l, 0.5mg/l) dan kinetin (1.0mg/l, 2.0mg/l) dan empat jenis kombinasi hormon NAA (0.1mg/l, 0.5mg/l) dan BAP (l.0mg/l, 2.0mg/l) serta satu kombinasi hormon 0.48mg/1 NAA + 0.24mg/l kinetin yang diletak di dalam keadaan gelap. Pada akhir kajian, objektif utama iaitu regenerasi melalui penghasilan pucuk tidak tercapai. Namun begitu, salah satu media regenerasi R7 (0.1mg/1 NAA + BAP 2.0mg/l) telah menghasilkan kalus nodular yang berpotensi untuk beregenerasi. Agen pengeras yang digunakan di dalam media ini adalah agar Media Gelrite dengan kepekatan hormon yang sarna hanya menghasilkan kalus friable. Regenerasi melalui pembentukan organ akar diperhatikan pada beberapa media regenerasi set B. Dalam media agar, kepekatan hormon yang berjaya mengaruhkan pembentukan akar adalah 0.1mg/l NAA + 1.0mg/1 kinetin, 0.5mg/1 NAA + 1.0mg/1 kinetin, 0.1mg/l NAA + 2.0mg/l BAP, 0.5mg/l NAA + 2.0mg/l BAP dan 0.48mg/1 NAA + 0.24mg/l kinetin. Dalam media Gelrite, kepekatan hormon yang berjaya menghasilkan akar adalah 0.1mg/l NAA + 1.0mg/1 kinetin dan 0.48mg/l NAA + 0.24mg/1 kinetin.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Herb, Centella asiatica, Petiol C. asiatica, Regeneration of shoot, Gelling agent
Subjects: Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK710-899 Plant physiology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 10 Jan 2012 18:07
Last Modified: 12 Oct 2017 10:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/407

Actions (login required)

View Item View Item