Visual sinematik dalam naratif filem 'lelaki harapan dunia' dan 'terbaik dari langit’

M Fazmi Hisham (2020) Visual sinematik dalam naratif filem 'lelaki harapan dunia' dan 'terbaik dari langit’. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (374kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (16MB)

Abstract

Kajian ini menganalisis sistem tanda dan penanda yang membawa makna dalam aspek visual sinematik dalam naratif filem Lelaki Harapan Dunia dan Terbaik Dari Langit yang masing-masing diterbitkan pada tahun 2014. Dalam konteks penelitian ini, filem merupakan sebuah teks yang penuh makna dan multi tafsir yang tersusun dari penanda dan petanda. Pemilihan adegan-adegan dalam filem akan diteliti bagi tujuan mendapatkan sistem tanda yang cuba diketengahkan oleh kedua-dua filem terbabit. Adakah pembentuk makna denotasi, konotasi dan mitos terhasil menerusi teknik sinematik. Ini sesuai dengan gagasan Barthes yang mengembangkan sistem tanda Pierce kepada yang lebih luas iaitu dua tahap signifikasi penanda dan petanda kepada detonasi, konotasi dan mitos. Detonasi adalah apa yang kita lihat melalui gambar/visual/imej. Konotasi pula apa yang kita dapat fikirkan tentang maknanya. Oleh itu pengkaji merumuskan masalah sebagai berikut: bagaimana konstruksi makna dalam filem pilihan dihubungkan dengan analisis unsur sinematik dan semiotik. Bagaimanakah teknik visual sinematik dapat memberi makna semiotik dalam naratif filem? Justeru kajian ini mendapati sesebuah filem yang memaparkan naratif hubungan sosial budaya tidak hanya semata-mata sebuah gambar bergerak tetapi banyak melibatkan mesej tertentu yang cuba disampaikan menerusi sistem tanda dan makna. Sistem tanda dan makna ini tidak mudah di perolehi dengan hanya menonton sebuah naratif dan teknik sinematografi semata-mata tetapi perlu berhubungan dengan sudut sosial, psikologi, emosi, budaya masyarakat dan realiti kehidupan manusia. Filem adalah wacana dari realiti masyarakat dan berbeza dari renungan dari realiti di mana filem membentuk dan menghadirkan kembali realiti berdasarkan kod, konvensyen, dan ideologi dari kebudayaan (Sobur, 2009: 128). Karya filem dibangunkan dengan sistem tanda semata-mata yang merupakan simbol-simbol daripada verbal mahu pun non-verbal yang memiliki makna sama ada makna denotatif, mahu pun makna konotatif.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Visual sinematik, Filem, filem, Lelaki harapan dunia, Terbaik dari langit
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN1600-3307 Drama > PN1993-1999 Motion pictures
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 02 Oct 2024 12:55
Last Modified: 02 Oct 2024 12:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40705

Actions (login required)

View Item View Item