Pengaruh kualiti pengajaran dan pembelajaran, persekitaran sosial dan perkhidmatan terhadap kepuasan pelajar institusi pengajian tinggi swasta di Sabah

Mazni Muhammad (2022) Pengaruh kualiti pengajaran dan pembelajaran, persekitaran sosial dan perkhidmatan terhadap kepuasan pelajar institusi pengajian tinggi swasta di Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (909kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Abstract

Kepuasan pelanggan merupakan satu aspek penting yang sering diberi perhatian oleh para pembekal produk terutama pihak swasta. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kepuasan pelajar terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran, persekitaran sosial dan kualiti perkhidmatan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta serta melihat perbezaan tahap kepuasan pelajar, hubungan dan pengaruh ketiga-tiga variabel tersebut. Model SERVQUAL yang melibatkan lima dimensi iaitu kebolehpercayaan, jaminan, bukti fizikal, empati dan responsif telah digunakan dalam kajian ini bagi mengukur tahap kepuasan pelajar. Satu set borang soal selidik yang mengandungi 69 item telah diguna pakai dalam kajian ini. Set soal selidik ini perlu dijawab oleh semua responden yang dipilih secara rawak yang melibatkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Sabah. Seramai 347 orang responden yang telah menjawab soal selidik tersebut. Dapatan kajian ini menunjukkan kesemua nilai min variabel berada pada tahap yang tinggi iaitu kualiti pengajaran dan pembelajaran min=4.10, persekitaran sosial min=4.11, kualiti perkhidmatan min=3.77 dan kepuasan pelajar min=3.98. Dapatan kajian ANOVA sehala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan persepsi pelajar terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran (p=0.035<0.05), persekitaran sosial (p=0.001<0.05), kualiti perkhidmatan (p=0.004<0.05) dan kepuasan (P=0.001<0.05) mengikut kolej. Hasil analisis korelasi Pearson pula didapati bahawa hubungan yang signifikan dan positif pada aras sederhana kuat bagi kualiti pengajaran dan pembelajaran (r=0.42, p<0.05), aras sederhana kuat bagi persekitaran sosial (r= 0.50, p<0.05) dan kualiti perkhidmatan juga pada aras sederhana kuat (r=0.55, p<0.05) terhadap kepuasan pelajar. Manakala, analisis regrasi berganda menunjukkan kualiti perkhidmatan, persekitaran sosial dan kualiti pengajaran dan pembelajaran secara signifikan mempengaruhi kepuasan pelajar iaitu dengan nilai β masing-masing adalah β=0.368, β=0.214 dan β=0.186. Maklumat daripada dapatan ini boleh digunakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan kolej-kolej swasta dalam memperkasakan pendidikan swasta khususnya di Sabah.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Kepuasan pelanggan, kualiti pengajaran dan pembelajaran, Model SERVQUAL, Institusi Pengajian Tinggi Swasta
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education > LB2326.4-2330 Institutions of higher education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Aug 2024 09:33
Last Modified: 28 Aug 2024 09:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40717

Actions (login required)

View Item View Item