Kesan pelaksanaan taman kekal pengeluaran makanan Tawau terhadap pengetahuan, sikap, amalan dan pendapatan para peserta

Masni Mustamin (2020) Kesan pelaksanaan taman kekal pengeluaran makanan Tawau terhadap pengetahuan, sikap, amalan dan pendapatan para peserta. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (268kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Tawau mula dilaksanakan pada tahun 2008 dengan peruntukan kewangan oleh Kerajaan Persekutuan dan kawasan tapak diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Keluasan tapak ialah 92.3 hektar dan dibahagi kepada 59 lot serta ditanam dengan pelbagai jenis projek tanaman makanan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji kesan pelaksanaan TKPM Tawau terhadap pengetahuan, sikap, amalan dan pendapatan para peserta. Objektif khusus adalah i) mengenalpasti latar belakang demografi dan sosioekonomi peserta; ii) mengenalpasti tahap pengetahuan, sikap dan amalan (PSA) berdasarkan latar belakang demografi dan sosioekonomi peserta; iii) mengenalpasti hubungan antara perubahan tahap pengetahuan, sikap dan amalan (PSA) dengan latar belakang demografi dan sosioekonomi peserta; iv) mengenalpasti hubungan antara perubahan pendapatan dengan latar belakang demografi dan sosioekonomi peserta; dan v) mengenalpasti faktor penting yang menyumbang kepada perubahan pendapatan selepas menyertai projek TKPM. Kajian ini menggunakan data primer dan sekunder. Data primer diperoleh melalui proses temuduga para responden, manakala data sekunder diperoleh dari rekod dan laporan Jabatan Pertanian. Melalui ujian khi kuasa dua, didapati terdapat hubungan yang signifikan terhadap perubahan sikap dan amalan terhadap pengalaman pertanian responden. Didapati juga terdapat hubungan yang signifikan antara perubahan pendapatan dengan tempoh penyertaan. Seterusnya dengan menggunakan analisis regresi logistik binari mendapati bahawa peserta yang telah genap lapan tahun menyertai TKPM mempunyai 81 kali peluang lebih tinggi untuk mendapat peningkatan pendapatan. Kesimpulannya, terdapat beberapa faktor yang memberi kesan terhadap pelaksanaan TKPM Tawau dimana tahap PSA peserta dilihat masih lagi terhad. Hasil kajian ini boleh dijadikan sebagai satu sumber rujukan dalam usaha untuk meningkatkan lagi keupayaan projek ini dan juga projek-projek serupa yang lain jika dilaksanakan di negeri ini pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Pengetahuan, Sikap, Amalan, Pendapatan, Taman kekal pengeluaran makanan
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General) > S1-(972) Agriculture (General) > S560-571.5 Farm economics. Farm management. Agricultural mathematics Including production standards, record keeping, farmwork rates, marketing
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Oct 2024 11:55
Last Modified: 10 Oct 2024 11:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40719

Actions (login required)

View Item View Item