Mekanisme pembentukan kriteria kecemerlangan guru besar berprestasi tinggi di Sarawak

Andrew Thomas Ujil (2022) Mekanisme pembentukan kriteria kecemerlangan guru besar berprestasi tinggi di Sarawak. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (561kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Kepimpinan sekolah berprestasi tinggi telah menjadi agenda utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Amalan terbaik dalam kepimpinan berprestasi tinggi di peringkat antarabangsa telah menyatakan ciri-ciri yang ada seperti kemampuan meningkatkan kecemerlang murid, berfokus kepada kualiti guru dan banyak lagi. Dari aspek proses pembentukan pemimpin pula, amalan terbaik menjelaskan seseorang pemimpin terbentuk dalam garis masa iaitu masa lalu, sekarang dan masa depan serta terbentuk berdasarkan komtinum pembangunan kepimpinan. Amalan terbaik juga menyatakan terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pembentukan seseorang pemimpin yang berkesan. Jadi berdasarkan dapatan daripada amalan ini, terdapat keperluan untuk meneroka kriteria kecemerlangan yang dimilik serta mekanisme pembentukan kriteria tersebut dalam konteks negara kita. Oleh itu, objektif kajian ini ialah untuk meneroka kriteria kecemerlangan yang diperlukan ke arah kepimpinan berprestasi tinggi, meneroka mekanisme pembangunan kriteria kecemerlangan guru besar berprestasi tinggi dan menghasilkan model mekanisme pembentukan kriteria kecemerlangan guru besar berprestasi tinggi. Pengkaji telah menjalankan kajian kes melibatkan lima orang guru besar Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK). Guru Besar SKK merupakan contoh terbaik pemimpin sekolah berprestasi tinggi yang ada di negara kita. Pengkaji menggunakan temu bual separa berstruktur dan juga analisis dokumen untuk mendapatkan data kajian. Dapatan kajian menunjukkan peserta kajian mempunyai kriteria kecemerlangan dari aspek personaliti, kompetensi kepimpinan sekolah, kompetensi kepimpinan instruksional dan kompetensi kepimpinan operasi. Manakala mekanisme pembangunan kriteria kecemerlangan guru besar berprestasi tinggi telah melalui pengalaman praperkembangan, pengalaman perkembangan semasa dan pasca perkembangan. Model yang terbentuk dalam kajian ini ialah Model Kriteria Personaliti, Kriteria Kompetensi Kepimpinan Sekolah, Instruksional dan Operasi. Seterusnya, pengkaji membentuk Model Pengalaman Praperkembangan, Perkembangan Semasa dan Pasca Perkembangan Guru Besar Berprestasi Tinggi. Model terakhir yang dibentuk ialah Model Mekanisme Pembentukan Kriteria Kecemerlangan Guru Besar Berprestasi Tinggi. Sebagai cadangan penambahbaikan, kajian seterusnya boleh dilaksanakan dalam bentuk kuantitatif, kajian melibatkan guru besar berprestasi rendah, serta kajian tentang pendekatan kepimpinan guru besar di kawasan bandar dan luar bandar.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Kepimpinan sekolah berprestasi tinggi, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Sarawak
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2831.6-2831.99 Administrative personnel
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 02 Sep 2024 12:26
Last Modified: 02 Sep 2024 12:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40742

Actions (login required)

View Item View Item