Junaidi Asis (2020) Sedimentologi dan analisis mikrofosil jujukan turbidit oligomiosen di Semenanjung Klias Selatan, Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (11MB) |
|
Text
24 PAGES.pdf Download (182kB) |
Abstract
Jujukan turbidit Oligo-Miosen yang mempunyai jujukan beragilit dan berarenit tersingkap di sekitar Selatan Semenanjung Klias Selatan, Sabah. Kajian terdahulu hanya tertumpu kepada aspek sedimentologi dan tiada kajian khusus mengenai analisis mikrofosil foraminifera di kawasan kajian. Perbezaan pendapat mengenai kewujudan Formasi Belait daripada pengkaji terdahulu memberikan petunjuk bahawa perlunya kajian terperinci mengenai sedimentologi serta analisis mikrofosil foraminifera bagi batuan sedimen yang terdapat di Semenanjung Klias Selatan. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis fasies untuk menghasilkan model sekitaran dan stratigrafi bagi jujukan turbidit di kawasan kajian, perincian taksonomi foraminifera dan menentukan usia jujukan turbidit, menentukan sekitaran pengendapan dengan menggunakan kaedah analisis fasies dan foraminfera bentos dan membina semula turus stratigrafi di Semenanjung Klias Selatan. Analisis fasies dilakukan dengan menganalisa pencerapan lapangan mengenai pencirian sedimentologi bagi jujukan berargilit dan jujukan berarenit dan sampel syal diambil disetiap singkapan seterusnya dianalisis foraminiferanya mengikut standard kaedah mikropaleontologi. Sebanyak 11 singkapan jujukan berargilit dan dua singkapan jujukan berarenit dipilih untuk kajian ini. Dua sekutuan fasies yang dikenalpasti daripada jujukan berargilit iaitu sekutuan fasies lob luar dan Sekutuan fasies dataran lembangan yang ditafsirkan sebagai endapan Kipas Luar sekitaran laut dalam. Jujukan berarenit pula terdiri daripada sekutuan lob beralur dan sekutuan lob tidak beralur yang ditafsirkan sebagai endapan Kipas Tengah laut dalam. Sebanyak 36 spesies foraminifera planktonik dan 91 spesies foraminifera bentos telah dikenalpasti. Analisis foraminifera planktonik mendapati usia jujukan berargilit adalah P21-P22 hingga N5-N6 iaitu Oligosen Akhir hingga Miosen Awal dan jujukan berarenit pula berusia lewat Miosen Awal (N7-N8). Analisis foraminifera bentos pula menunjukkan bahawa didominasi oleh foraminifera bentos agglutinat dan terdapat tiga himpunan yang telah dikenalpasti iaitu himpunan 1 Bathysiphon-Nothia, himpunan 2 Trochammina dan Himpunan 3 Bolivina yang menunjukkan zon batimetrinya didominasi oleh sekitaran Bati hingga Abis. Kajian ini menunjukkan bahawa jujukan berargilit di kawasan kajian setara dengan Formasi Temburong, manakala jujukan berarenit pula setara dengan Formasi Crocker. Formasi Temburong di kawasan kajian yang berusia Oligosen Akhir hingga Miosen Awal yang terdiri daripada jujukan sedimen berargilit yang ditafsirkan sebagai kipas luar hingga dataran lembangan berubah secara beransur menjadi jujukan sedimen berarenit iaitu Formasi Crocker yang berusia lewat Miosen Awal dan ditafsirkan sebagai endapan kipas tengah sistem turbidit laut dalam.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Keyword: | Jujukan turbidit Oligo-Miosen, Selatan Semenanjung Klias Selatan, Mikrofosil foraminifera |
Subjects: | Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology |
Department: | FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 10 Oct 2024 12:01 |
Last Modified: | 10 Oct 2024 12:01 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40757 |
Actions (login required)
View Item |