Pembingkaian berita portal berita Free Malaysia Today dan Malaysiakini semasa pilihan raya kecil Rompin dan Permatang pauh 2015

Noor Zafira Mohd Shafie (2020) Pembingkaian berita portal berita Free Malaysia Today dan Malaysiakini semasa pilihan raya kecil Rompin dan Permatang pauh 2015. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (11MB)

Abstract

Kajian analisis kandungan berita ini dijalankan dengan meneliti dua buah portal berita alternatif iaitu Free Malaysia Today dan malaysiakini. Kajian ini dijalankan bagi melihat perbezaan bingkai berita yang digunakan, mengenalpasti bingkai-bingkai berita yang digunakan dan mengenalpasti struktur sintaksis, skrip, retorik dan tematik dalam liputan berita Free Malaysia Today dan ma!aysiakini. Kajian ini dijalankan dengan meneliti kepada model pembingkaian Pan dan Kosicki (1993). Pengkaji merangka borang pengekodan bagi tujuan rekod dan analisis struktur pembingkaian. Sebanyak 154 item berita telah dikenalpasti berkaitan dengan isu Pilihan Raya Kecil Rompin dan Permatang Pauh 2015. Selain itu, pengkaji turut mengenalpasti 15 buah bingkai berita yang digunakan oleh kedua-dua portal berita. Berdasarkan analisis struktur pembingkaian (sintaksis, teks berita, tematik dan retorik), pengkaji mendapati bahawa portal berita alternatif mengamalkan corak pemberitaan beretika yang memberi ruang kepada semua pihak dalam liputan beritanya. Struktur sintaksis teks berita dan tematik memainkan peranan penting dalam mewujudkan makna dan kefahaman mendalam terhadap laporan berita. Struktur retorik pula berfungsi sebagai pemberi makna dan penambahan kepada laporan berita.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: kandungan berita, Free Malaysia Today, Malaysiakini. Bingkai berita
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics > P87-96 Communication. Mass media > P95-95.6 Oral communication. Speech
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 13 Sep 2024 09:55
Last Modified: 13 Sep 2024 09:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40918

Actions (login required)

View Item View Item