Unsur bahasa dalam budaya

Saidatul Nornis Hj. Mahali (2007) Unsur bahasa dalam budaya. Penerbit Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. ISBN 978-983-2369-73-8

[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)
[img] Text
ABSTRACT (1).pdf

Download (101kB)

Abstract

Penggunaan bahasa yang betul dari segi nahu sahaja tidak memadai untuk mengaku tahu dan memahami sesebuah bahasa. Terdapat faktor lain yang turut perlu dijaga semasa menggunakan bahasa, iaitu budaya. Setiap masyarakat di dunia akan sentiasa memasukkan unsur-unsur budaya ke dalam bahasa dan sebaliknya. Pemahaman dan pengetahuan budaya yang diseiringkan dengan penggunaan bahasa secara tidak langsung mampu mengeratkan hubungan sesama insan dan mengurangkan kekaburan makna yang mungkin mengundang kekusutan hubungan sesama manusia . Justeru itu, pengetahuan budaya semasa berbahasa perlu untuk mengelakkan sebarang kemungkinan salah tafsir dan salah faham antara pemeran bahasa. Bersandarkan pengetahuan budaya maka, seseorang penutur bahasa itu akan sentiasa bersiaga menggunakan bahasa dengan sebaik mungkin agar tidak menyinggung sebarang elemen negatif dalam budaya bahasa yang dituturkan. Secara tersirat, cekap berbahasa tidak semestinya cekap budaya. Justeru itu, proses berbahasa perlu selari dengan runtunan budaya yang tersurat dalam setiap masyarakat bahasa.

Item Type: Book
Keyword: Bahasa dan budaya, Linguistik budaya, Komunikasi antarbudaya
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > GN1-890 Anthropology > GN301-674 Ethnology. Social and cultural anthropology
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: Ag Abdul Hakim Bin Sohit
Date Deposited: 09 Sep 2024 10:04
Last Modified: 09 Sep 2024 10:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40931

Actions (login required)

View Item View Item