Kebergantungan dan penglibatan pekerja asing terhadap pengkulturan rumpai laut: Kajian kes di Semporna, Sabah

Haslina Zakaria (2022) Kebergantungan dan penglibatan pekerja asing terhadap pengkulturan rumpai laut: Kajian kes di Semporna, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (216kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Industri rumpai laut merupakan industri yang semakin mendapat perhatian bukan sahaja dalam kalangan masyarakat tempatan tetapi juga dunia. Menyedari bahawa industri pengkulturan rumpai laut mendapat permintaan yang tinggi, justeru industri ini sangat memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk mengusahakan industri ini agar terus berkembang pesat di mata dunia. Oleh yang demikian, didapati bahawa tenaga kerja asing sangat diperlukan dalam industri ini kerana pekerja tempatan kurang minat dalam mengisi kekosongan disebabkan pekerja tempatan tidak berani untuk menanggung cabaran kerana pekerjaan sebagai pengkultur rumpai laut dikenali sebagai 3D (dirty, difficult dan dangerous). Tujuan umum penyelidikan ini adalah ingin melihat sejauh manakah penglibatan pekerja asing dalam industri rumpai laut. Reka bentuk penyelidikan ini adalah berasaskan kepada pendekatan kualitatif. Kaedah kutipan data yang digunakan seperti tinjauan dengan menggunakan temu bual mendalam dan temu bual semi struktur, pengamatan langsung dan data dari sumber dokumen. Kajian ini dilakukan di dua pulau iaitu Pulau Bumbum dan Pulau Sebangkat yang melibatkan 25 informan dan 125 orang responden. Hasil kajian mendapati bahawa komuniti tempatan dan syarikat mengiktiraf penglibatan tenaga buruh asing kerana kemahiran tradisi yang dimiliki oleh mereka dari temurun-temurun lagi selain daripada keperluan yang mendesak dalam industri pengkulturan rumpai laut itu sendiri disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja. Implikasi penemuan kajian ini adalah berkaitan dengan polisi pengambilan pekerja asing di sektor rumpai laut yang perlu digubal semula dan ditambah baik untuk mengiktiraf peranan pekerja asing yang berdaftar secara sah di sektor pengkulturan rumpai laut di Sabah.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Rumpai laut, Tenaga buruh asing, Migrasi, Bajau Laut, Suluk
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD8045-8943 By region or country
Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK504-(638) Cryptogams
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 13 Sep 2024 10:01
Last Modified: 13 Sep 2024 10:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40987

Actions (login required)

View Item View Item