Strategi pengurusan evidens pentaksiran bilik darjah murid berkeperluan khas dalam program inklusif sekolah rendah

Velerie Wheelervon Primus and Musirin Mosin (2021) Strategi pengurusan evidens pentaksiran bilik darjah murid berkeperluan khas dalam program inklusif sekolah rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6. pp. 282-293.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (40kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (553kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka Strategi Pengurusan Evidens Pentaksiran Bilik Darjah Bagi Murid Masalah Pembelajaran dalam Program Pendidikan Inklusif di sekolah rendah. Surat siaran KPM bilangan 14, 2018 menyatakan pemansuhan amalan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun bagi murid tahap 1, telah dimansuhkan bermula 2018. Peperiksaan yang sebelum ini dijalankan telah digantikan dengan sistem pentaksiran yang lebih objektif (LPM, 2018). Murid masalah pembelajaran dalam program inklusif juga tidak terkecuali daripada sistem pentaksiran yang baharu ini. Namun demikian, pelaksanaan program inklusif ini menimbulkan masalah guru di kelas perdana untuk menjalankan pentaksiran antara murid perdana dengan murid berkeperluan khas. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka strategi pengurusan perancangan PBD Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam Program Pendidikan Inklusif (PPI) sekolah rendah. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan kaedah kajian kes yang menggunakan kaedah kualitatif. Empat orang guru iaitu guru akademik, guru panitia, guru penyelaras PBD dan guru besar yang terlibat dalam mengurus dan mengendalikan PBD dipilih secara purposive sampling sebagai peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa setiap peserta kajian menunjukkan strategi pengurusan PBD mengikut bidang tugas masing-masing. Kajian ini juga membentuk satu kitaran pengurusan yang sistematik untuk memastikan pengurusan PBD murid inklusif di laksanakan mengikut buku garis panduan PBD edisi 2018. Kajian ini adalah signifikan dengan keperluan semasa pendidikan negara yang sedang melalui fasa transformasi kurikulum dan pentaksiran. Pengurusan PBD oleh organisasi sekolah selaku pelaksana utama dasar amat penting dalam menjamin kualiti PBD dalam kalangan MBK PPI. Keberhasilan dan kemenjadian MBK PPI dalam pengurusan PBD yang terancang serta pengajaran dan pembelajaran dapat dikesan dapat memberi peluang kepada MBK PPI untuk mendapat kesamarataan dalam pembelajaran. Dapatan kajian ini juga telah memberi garis panduan kepada guru dan organisasi sekolah untuk mengurus dan merancang PBD MBK PPI di sekolah rendah.

Item Type: Article
Keyword: Strategi pengurusan, Evidens pentaksiran, Murid berkeprluan khas, Program pendidikan inklusif, Pentaksiran bilik darjah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization
L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC1390-5160.3 Education of special classes of persons > LC4812-5160.3 Other special classes
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Sep 2024 08:40
Last Modified: 27 Sep 2024 08:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41105

Actions (login required)

View Item View Item