Pengaruh kepimpinan teknologi pengetua terhadap efikasi kendiri guru : Komitmen organisasi pendidikan sebagai moderator

Tisebio Anak Tiop (2020) Pengaruh kepimpinan teknologi pengetua terhadap efikasi kendiri guru : Komitmen organisasi pendidikan sebagai moderator. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (614kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi guru terhadap kepimpinan teknologi pengetua dalam pengurusan kurikulum, komitmen organisasi pendidikan, dan efikasi kendiri guru. Seramai 306 orang guru dari 18 buah sekolah menengah harian biasa di daerah Kota Kinabalu terlibat dalam kajian kuantitatif ini. Seterusnya, data dianalisis berdasarkan statistik deskriptif dan inferensi menggunakan SPSS dan AMOS-SEM. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan teknologi pengetua dalam pengurusan kurikulum, komitmen organisasi pendidikan dan efikasi kendiri guru berada pada tahap yang tinggi secara keseluruhan serta bagi setiap dimensi yang diukur. Selain itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik bagi kepimpinan teknologi pengetua dalam pengurusan kurikulum, komitmen organisasi pendidikan dan efikasi kendiri guru berdasarkan faktor jantina. Manakala, terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik berdasarkan pengalaman mengajar bagi kepimpinan teknologi pengetua dalam pengurusan kurikulum, komitmen organisasi pendidikan, dan efikasi kendiri guru di mana responden yang mempunyai pengalaman 6-10 tahun mempunyai adalah lebih tinggi berbanding dengan responden yang mempunyai pengalaman bawah 5 tahun, 11-15 tahun dan 16 tahun ke atas. Kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan secara statistik, positif dan sederhana kuat antara kepimpinan teknologi pengetua dalam pengurusan kurikulum dengan efikasi kendiri guru (r=0.460, p<0.01) manakala hubungan yang signifikan secara statistik, positif dan kuat bagi komitmen organisasi pendidikan dengan efikasi kendiri guru (r=0.607, p<0.01). Hasil analisis regresi berganda juga menunjukkan bahawa kepimpinan teknologi pengetua dalam pengurusan kurikulum dan komitmen organisasi pendidikan mempunyai pengaruh yang positif dan signifikan terhadap efikasi kendiri guru dengan kepimpinan teknologi pengetua dalam pengurusan kurikulum menyumbang sebanyak 20.9% (R2=0.212) manakala komitmen organisasi pendidikan pula menyumbang sebanyak 36.7% (ΔR2=0.367). Di samping itu, hasil analisis laluan SEM membuktikan bahawa komitmen organisasi pendidikan merupakan moderator penuh kepada hubungan antara kepimpinan teknologi pengetua dalam pengurusan kurikulum dengan efikasi kendiri guru di mana nilai signifikan berada pada p=.001 (p<0.05). Kajian ini memberikan sumbangan yang besar kepada pengetahuan umum dalam pendidikan khususnya berkaitan efiksi kendiri guru. Kajian ini juga memberi implikasi berkaitan menyediakan guru serta pemimpin sekolah dengan pengetahuan berkaitan aspek psikologi, personaliti, kemahiran dan membina perhubungan positif bersama ahli dalam organisasi untuk berhadapan dengan pelbagai pihak bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang serta membentuk budaya sekolah berkesan dan terbilang.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kepimpinan teknologi pengetua, Persepsi, Organisasi pendidikan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2831.6-2831.99 Administrative personnel
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 14 Oct 2024 10:57
Last Modified: 14 Oct 2024 10:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41199

Actions (login required)

View Item View Item