Pengaruh pengalaman pembelajaran terhadap tanggapan kebolehgajian diri pelajar kolej vokasional di Sabah

Asrin Gili (2021) Pengaruh pengalaman pembelajaran terhadap tanggapan kebolehgajian diri pelajar kolej vokasional di Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (789kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Pengalaman pembelajaran di institusi pengajian merupakan elemen penting yang menentukan kebolehgajian diri seseorang pelajar atau bakal graduan. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan dan pengaruh tiga komponen pengalaman pembelajaran iaitu Persepsi Kualiti Perkhidmatan Institusi, Kepuasan Latihan Industri dan Pembelajaran Terarah Tendiri terhadap Tanggapan Kebolehgajian Diri pelajar Kolej Vokasional (KV) di negeri Sabah, Malaysia. Kajian kuantitatif ini mengaplikasikan kaedah tinjauan cross-sectional dan menggunakan satu set borang soal selidik adaptasi untuk memungut data daripada 297 orang pelajar semester akhir sebagai sampel. Data dianalisis menggunakan perisian IBM-SPSS-AMOS. Analisis deskriptif menunjukkan semua variabel adalah pada tahap tinggi. Ujian korelasi Pearson pula menunjukkan wujud hubungan positif yang signifikan antara Persepsi Kualiti Perkhidmatan Institusi (r=0.613, p<0.01), Kepuasan Latihan Industri (r=0.573, p<0.01) dan Pembelajaran Terarah Kendiri (r=0.707, p<0.01) dengan Tanggapan Kebolehgajian Diri. Analisis laluan (SEM) menunjukkan bahawa ketigatiga variabel bebas ini mempunyai pengaruh yang signifikan dan mampu meramal Tanggapan Kebolehgajian Diri pelajar pada kadar 64%. Secara perbandingan, pengaruh Pembelajaran Terarah Kendiri adalah yang terkuat, diikuti Kepuasan Latihan Industri dan Persepsi Kualiti Perkhidmatan Institusi. Menerusi analisis SEM, kajian ini juga berjaya membangunkan satu cadangan Model Tanggapan Kebolehgajian Diri yang menggabungkan ketiga-tiga variabel bebas ini sebagai faktor utama kepada Tanggapan Kebolehgajian Diri pelajar. Dapatan-dapatan kajian ini adalah bukti empirikal bahawa Tanggapan Kebolehgajian Diri yang membolehkan pelajar lebih berkeyakinan untuk bersaing dalam pasaran buruh selepas menamatkan pengajian dapat ditingkatkan menerusi kualiti perkhidmatan institusi yang baik, latihan industri yang memuaskan serta penguasaan pembelajaran terarah kendiri. Oleh itu, hasil kajian ini diharap boleh menjadi panduan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam sistem pendidikan KV dan juga penyelidikan dalam usaha meningkatkan kebolehgajian pelajar menerusi intervensi kualiti perkhidmatan institusi, latihan industri dan pembelajaran terarah kendiri.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Pengalaman pembelajaran, Kebolehgajian, Kolej Vokasional
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD6050-6305 Classes of labor Including women, children, students, middle-aged and older persons, minorities
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 Nov 2024 11:48
Last Modified: 08 Nov 2024 11:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41423

Actions (login required)

View Item View Item