Nur Ilma Ambo and Musaiyadah Ahmadun (2024) Faedah pelaksanaan MS 1500: 2019 makanan halal (Keperluan umum) terhadap keterjaminan makanan halal: Satu kajian awal. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 9. pp. 324-332.
Text
ABSTRACT.pdf Download (38kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (168kB) |
Abstract
Malaysia merupakan negara pertama yang memperkenalkan standard halal secara menyeluruh yang mencakupi pelbagai bidang dan meluaskan konsepnya melalui penggunaan aplikasi e-halal. Ini dapat dilihat dengan kewujudan standard halal Malaysia yang merupakan salah satu daripada lima inisiatif kerajaan untuk merealisasikan impian dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat makanan halal global. Malaysian Standard atau Standard Malaysia dan lebih dikenali sebagai (MS) adalah dokumen teknikal yang menentukan keperluan minimum kualiti dan keselamatan bagi pengunaan secara sukarela oleh umum. MS menjadi mandatori apabila agensi penguatkuasa menguatkuasakan MS melalui akta dan peraturanperaturan yang releven. Oleh yang demikian, kertas kerja ini bertujuan untuk membuat kajian awal serta menganalisis faedah pelaksanaan MS 1500: 2019 terhadap keterjaminan makanan halal. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kualitatif menerusi pendekatan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati dengan mengaplikasikan MS 1500:2019 ini mampu memudahkan urusan kerja di hotel serta meningkatkan penghayatan konsep halalan tayyiban terhadap pihak yan terlibat dalam mengendalikan makanan. Selain itu, melalui pengaplikasian MS ini turut meningkatkan kerjasama pengurusan organisasi dan secara tidak langsung boleh meningkatkan imej organisasi secara tidak langsung bukan sahaja di Malaysia malah di mata dunia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Malaysian Standard, Makanan halal, Hotel |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP174-190 The practice of Islam T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX901-946.5 Hospitality industry. Hotels, clubs, restaurants, etc. Food service |
Department: | FACULTY > Faculty of Islamic Studies |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 18 Oct 2024 15:47 |
Last Modified: | 18 Oct 2024 15:47 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41467 |
Actions (login required)
View Item |