Mohd Nor Azan Abdullah (2022) Glokalisasi leksis asing membentuk neomorfologi leksis melayu di alam Malaynesia.
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (336kB) |
Abstract
Bahasa Melayu merupakan bahasa Lingua Franca di alam Malaynesia dan merupakan bahasa penyatuan bangsa Malaynesia. Malaynesia merujuk penduduk di Samudera Nusantara. Orang Jawa, Sunda, Batak, Sumbawa, Baten dan pelbagai suku di Nusantara memiliki bahasa mereka sendiri tetapi mereka berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu sebagai asas memahami maksud di antara lokutor dan interlokuter. Penulis membicarakan glokalisasi leksis yang bermaksud mengadaptasi kosa kata daripada rumpun bahasa asing ke dalam bahasa Melayu lalu membentuk neo-morfologi atau membentuk leksis Melayu yang baharu dengan mengubah beberapa fonem untuk disesuaikan dengan sebutan Melayu Malaynesia. Beberapa leksis daripada benua Eropah dan benua India diglokalisasikan, telah memperbanyakkan leksis Melayu. Penulis akan menyenaraikan beberapa leksis tersebut dan menerangkan perubahan fonem yang berlaku apabila diterima sebagai leksis baharu bahasa Melayu. Metodologi kajian bersifat kualitatif dengan kaedah kajian perpustakaan yang melibatkan penelitian buku-buku, dokumen dan laman sesawang.
Item Type: | Proceedings |
---|---|
Keyword: | Glokalisasi, Leksis, Asing, Neo-Morfologi, Melayu, Malaynesia |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5001-7511 Languages of Oceania > PL5001-7101 Austronesian, Papuan, and Australian languages > PL5051-5497 Malayan (Indonesian) languages |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 01 Nov 2024 09:16 |
Last Modified: | 01 Nov 2024 09:16 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41691 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |