Penentuan suhu untuk perawatan (Zingiber officinale rosc.) dengan menggunakan ketuhar

Amrul Amin Amruddin (2007) Penentuan suhu untuk perawatan (Zingiber officinale rosc.) dengan menggunakan ketuhar. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000405.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan suhu yang sesuai untuk proses perawatan ke atas halia (Zingiber Officinale Rose.) menggunakan ketuhar. Perawatan adalah suatu proses yang dapat mengekalkan kualiti sesuatu halia itu. Dalam kajian ini halia (Zingiber Officinale Rose. ev. Tambunan) yang telah matang diberikan rawatan suhu yang berbeza iaitu 24°C, 26°C, 28°C, 30°C, dan 32°C menggunakan ketuhar selama 5 hari. Satu sampel halia yang tidak diberikan perawatan disimpan pada suhu luar bilik. Setelah penyembuhan setiap halia akan disimpan di atas rak di luar bilik selama 8 minggu. Kemudian kualiti halia tersebut akan diuji berdasarkan peratusan kehilangan beratnya, pertunasan, keteguhan isi dan juga kandungan pepejal terlarut sebaik sahaja proses perawatan tamat dan juga setiap 2 minggu penyimpanan. Keputusan kajian menunjukkan halia yang di sembuhkan dengan suhu 26°C dan 28°C memberikan nilai minimum 10.964 ± 0.280% dan 11.210 ± 0.280% untuk peratus kehilangan berat, 0.300 ± 0.141% dan 0.200 ± 0.141% untuk jumlah pertunasan dan 0.008 ± 0.000% dan 0.008 ± 0.000% bagi keteguhan isi Bacaan yang tertinggi bagi jumlah kandungan pepejal terlarut yang didapati ialah 3.015 ± 0.109% dan 2.730 ± 0.109%. Keputusan ini menunjukkan terciptanya kesan positif proses perawatan yang diberikan kerana ia dapat mengurangkan proses kehilangan berat, melambatkan proses pertunasan, mengekalkan kandungan pepejal terlarut dan mempunyai nilai keteguhan isi yang rendah. Boleh disimpulkan bahawa halia paling sesuai dirawat dengan menggunakan suhu 26°C dan 28°C kerana ia dapat mengekalkan kualitinya dengan lebih baik berbanding dengan halia yang diberikan rawatan 24°C, 30°C dan 32°C.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Ginger rhizome, Zingiber officinale rose., Temperature for curing
Subjects: Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK710-899 Plant physiology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 11 Jan 2012 11:26
Last Modified: 12 Oct 2017 10:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/418

Actions (login required)

View Item View Item